Berita Harian

Polis Indonesia tembak mati 11 suspek jenayah

Operasi dilancar sebelum Sukan Asia bermula bulan depan

-

Polis Indonesia menembak mati 11 suspek penjenayah kecilkecil­an dan mencederak­an puluhan lagi dalam satu operasi sebelum negara republik itu menjadi tuan rumah Sukan Asia, bulan depan, menurut pihak berkuasa, semalam.

Kirakira 52 suspek ditembak selepas menghalang penangkapa­n di Jakarta sejak awal bulan ini, dengan 11 meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

“Mereka membahayak­an orang awam kerana menentang penangkapa­n,” kata jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono.

Lebih 2,000 suspek penjenayah ditahan dalam masa beberapa minggu lalu, tambahnya.

Keselamata­n diutamakan

Ratusan anggota polis tambahan meronda di Jakarta sebelum menjadi hos pada kejohanan bermula 18 Ogos hingga 2 September ini selain bandar raya Palembang di Sumatera.

Keselamata­n menjadi keutamaan dalam sukan itu yang diadakan beberapa bulan selepas serangan di Surabaya mencetuska­n kebimbanga­n mengenai militan Islam.

Skuad antikegana­san Indonesia menahan kirakira 200 suspek pengganas sejak serangan Mei lalu, menurut ketua polis negara.

Tiga suspek pengganas ditembak mati oleh polis ketika serbuan di Yogyakarta hujung minggu lalu. Sukan Asia kali ini adalah yang kedua terbesar selepas Sukan Olimpik.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Bekas bintang badminton Indonesia, Susi Susanti membawa obor Sukan Asia di Yogyakarta semalam. Kawalan keselamata­n akan diutamakan sepanjang temasya Sukan Asia selepas serangan pengganas di Surabaya, beberapa bulan lalu.
[ FOTO AFP ] Bekas bintang badminton Indonesia, Susi Susanti membawa obor Sukan Asia di Yogyakarta semalam. Kawalan keselamata­n akan diutamakan sepanjang temasya Sukan Asia selepas serangan pengganas di Surabaya, beberapa bulan lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia