Berita Harian

Wanita simbah dakwat ke ‘wajah’ Jinping

-

Shanghai: Seorang wanita yang merakamkan aksinya menyimbah dakwat ke arah gambar Presiden China, Xi Jinping ditahan, kata aktivis yang menuduh pihak berkuasa menghalang kebebasan bersuara sematamata untuk melindungi individu tertentu dalam kalangan pemimpin negara.

Rangkaian aktivis Pembela Hak Asasi Manusia berpangkal­an di Amerika Syarikat (CHRD) berkata, bapa wanita dan seorang artis China turut ditahan selepas mereka berusaha menyiarkan keperitan yang dilaluinya di media sosial.

Wanita itu yang dikenal pasti aktivis sebagai Dong Yaoqiong, 28, muncul secara langsung di laman Twitter pada 4 Julai lalu dengan menuduh parti pemerintah, Parti Komunis mengamalka­n ‘penindasan sekatan minda’.

Cabar supaya ditangkap

Rakaman video yang diulang siar 10,000 kali itu menunjukka­n Dong menyimbah dakwat ke arah poster Jinping di sebuah lokasi di daerah kewangan Shanghai sambil berkata dengan tegas: “Xi Jinping, saya menunggu anda untuk menangkap saya di sini”.

CHRD berkata, Dong dipercayai ditahan sehari selepas tindakanny­a dan akaun Twitter miliknya dipadam beberapa jam selepas insiden itu.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Dong Yaoqiong menuduh parti pemerintah, Parti Komunis mengamalka­n ‘penindasan sekatan minda’.
[ FOTO AGENSI ] Dong Yaoqiong menuduh parti pemerintah, Parti Komunis mengamalka­n ‘penindasan sekatan minda’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia