Berita Harian

Mayweather gah atasi Clooney

Kylie Jenner 3 teratas senarai tahunan Forbes Celebrity 100

-

Peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather dinamakan penghibur dengan pendapatan tertinggi dunia, kelmarin dalam senarai yang menyaksika­n aktor George Clooney mengambil tempat kedua.

Bintang realiti, Kylie Jenner, 20, berada di tempat ketiga senarai tahunan Forbes Celebrity 100, sebahagian besarnya disumbangk­an jenama kosmetik dikatakan Forbes meletakkan­nya untuk menjadi bilionaire termuda atas usaha sendiri di AS.

Kaji selidik populariti

Kompilasi Forbes dalam senarai 2018 adalah berdasarka­n pendapatan anggaran sebelum cukai dari Jun 2017 sehingga Jun 2018 sebelum menolak yuran pengurus.

Ia berdasarka­n data daripada Nielsen, penerbitan perdaganga­n Pollstar, pangkalan data filem IMDB serta wawancara bersama pakar industri dan selebriti itu sendiri.

Mayweather memperoleh kirakira AS$285 juta (RM1.15 bilion) dalam tempoh itu, sebahagian besarnya kerana kepulangan­nya dalam pertarunga­n menentang juara seni mempertaha­nkan diri campuran, Conor Mcgegor pada Ogos 2017.

Bintang pemenang Oscar, Clooney memperoleh pendapatan anggaran AS$239 juta (RM947.49 juta) selepas menjual syarikat tequila Casamigos diasaskan bersama dengan syarikat arak British, Diageo pada Jun 2017.

Forbes berkata, jualan itu memberi Clooney pendapatan tahunan terbaik sepanjang 35 tahun kerjayanya dalam filem dan televisyen.

Forbes berkata, penghibur dalam senarai 100 selebriti 2018 memperoleh gabungan pendapatan AS$6.3 bilion (RM25.4 bilion) sebelum cukai, meningkat 22 peratus berbanding senarai tahun lalu.

“Penghibur menemui semua cara baharu untuk memanfaatk­an pengikut mereka, terutama dengan bantuan media sosial,” kata Pengarang Hiburan Kanan di Forbes, Zack O‘malley dalam satu kenyataan.

 ??  ?? Clooney
Clooney

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia