Berita Harian

Bolt hampir pasti beraksi di liga Australia

-

Louisville (Amerika Syarikat): Ejen pemenang lapan pingat emas Olimpik, Usain Bolt mengesahka­n jaguh pecut dunia itu semakin hampir beraksi dalam saingan bola sepak A-league (Australia).

Tony Rallis berkata, ‘secara prinsipnya’ pihaknya sudah berjaya mencapai persetujua­n bersama kelab Central Coast Mariners berkenaan.

Katanya, pelari pecut berusia 31 tahun itu sudah menetapkan berkelana selama enam minggu di Australia, bermula bulan depan dengan kontrak boleh bertukar menjadi perjanjian jangka panjang.

“Perjanjian antara Mariners dan Usain Bolt secara prinsipnya sudah dipersetuj­ui, tertakluk kepada beberapa perjanjian yang perlu dipenuhi,” katanya kepada stesen radio Big Sport Breakfast.

Bagaimanap­un, Rallis berkata, perjanjian itu bergantung sepenuhnya terhadap prestasi Bolt sepanjang enam minggu tempoh percubaan dan tajaan sokongan (Persekutua­n Bolasepak Australia (FFA).

Cipta impian baharu

Di bawah peraturan A-league, kelab boleh menandatan­gani dua pemain ‘bintang’ dengan gajinya dibenarkan untuk lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan.

“Dia akan mencipta impian baharu untuk pemain muda dan bakal memberi impak positif kepada A-league yang mana tidak boleh dibeli dengan wang. A-league memerlukan seorang wira dan kami sudah mendapatka­n Superman.”

Berita mengejutka­n itu diumumkan hanya selepas menyaksika­n kempen A-league musim ini mengalami kejatuhan mendadak dari segi kehadiran penyokong dan rating televisyen.

Difahamkan beberapa kelab dari Australia turut berminat untuk mendapatka­n Bolt sebagai pemain percubaan tetapi tawaran Mariners dilihat paling konkrit.

 ??  ?? Aksi Bolt (kanan) ketika mewakili Pilihan FIFA98 menentang pilihan FRANCE98 pada perlawanan persahabat­an di Paris, 12 Jun lalu.
Aksi Bolt (kanan) ketika mewakili Pilihan FIFA98 menentang pilihan FRANCE98 pada perlawanan persahabat­an di Paris, 12 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia