Berita Harian

Saya berbeza: Ronaldo

Kenyataan pertama selepas diumum secara rasmi sebagai pemain Juventus

-

Cristiano Ronaldo yang secara rasminya diperkenal­kan sebagai pemain baharu Juventus berkata dia amat ‘berbeza’ daripada pemain sebayanya yang berhijrah ke China ataupun ke Qatar selepas tergoda dengan tawaran gaji lumayan di sana.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu berada dalam keadaan biasa kekal berkeyakin­an tinggi pada sidang media di sini, ketika majlis pengumuman perpindaha­nnya daripada juara Eropah, Real Madrid yang dianggarka­n membabitka­n belanja kira-kira 100 juta euro (RM536 juta).

“Saya berbeza daripada pemain lain yang beranggapa­n karier mereka sudah berakhir ketika sebaya umur saya.

“Saya mahu membuktika­n saya tidak sama seperti mereka, saya amat berbeza sama sekali.

“Pemain yang seusia saya akan ke China atau Qatar. Jadi bagi saya untuk menyambung karier di kelab yang begitu besar seperti ini pastinya menggembir­akan,” kata kapten Portugal berusia 33 tahun itu.

Buru gelaran kelapan

Juventus menandatan­gani penyerang bintang itu dengan kontrak selama empat musim bernilai 30 juta euro setahun, dengan harapan mampu menamatkan kemarau trofi Liga Juara-juara sejak 1996.

Bersiap untuk memburu gelaran Serie A kelapan berturuttu­rut dan gelaran domestik berganda keempat berturut-turut, skuad Old Lady bagaimanap­un bergelut untuk mengembali­kan penguasaan Itali ke peringkat tertinggi di Eropah.

Juventus gagal memenangi trofi Liga Juara Juara yang kali terakhir dimenangi skuad 1996 diketuai pemain seperti Alessandro Del Piero, Antonio Conte, Didier Deschamps dan Gianluca Vialli dengan pencapaian paling hampir selepas itu adalah mara ke pentas final edisi 2015 dan 2017.

Ronaldo pula mempunyai rekod jaringan Liga Juara-juara yang hebat berbanding pemain lain apabila sudah mengumpul 120 koleksi gol sepanjang 15 tahun bersama Manchester United dan Real Madrid.

Malah, dia turut memenangi empat daripada lima edisi terakhir saingan terbesar Eropah itu bersama Real Madrid.

 ??  ?? Penyokong Juventus meraikan ketibaan Ronaldo di Turin, kelmarin.
Penyokong Juventus meraikan ketibaan Ronaldo di Turin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia