Berita Harian

Ozil perkuat Arsenal di Singapura

-

London: Bintang tengah, Mesut Ozil akan menyertai skuad Arsenal bagi jelajah pra musim di Singapura, kata pengurus baharu kelab itu, Unai Emery.

Berikutan penyingkir­an awal mengejut Jerman pada Piala Dunia, Ozil masih menikmati percutian dan belum menyertai latihan pra musim dengan Emery hanya dapat menemui pemainnya yang tidak terbabit dalam kempen di Russia.

Emery yang menggantik­an Arsene Wenger memulakan tugas pertamanya bersama kelab dari London itu dengan kemenangan 8-0 ke atas kelab bukan liga, Boreham Wood, Sabtu lalu dengan pembelian baharu, Sokratis Papastatho­poulos dan Matteo Guendouzi turut beraksi.

Selain Ozil, pengurus kelahiran Sepanyol itu turut mengesahka­n pemain Mesir, Mohamed Elneny selain tonggak Nigeria, Alex Iwobi di mana pasukan mereka tersingkir awal pada peringkat kumpulan Piala Dunia turut terbabit sepenuhnya dengan jelajah di negara Asia Tenggara itu.

Kritikan hebat

“Sama buat semua pemain. Mereka memperoleh percutian yang sama. Saya mengenali Iwobi, Elneny dan Mesut Ozil. Dia akan bersama kami di Singapura sejak hari pertama,” kata Emery.

Arsenal akan bermain menentang bekas kelab Emery, Paris Saint-germain; penyandang juara Liga Europa, Atletico Madrid dalam saingan Piala Juara-juara Antarabang­sa di Singapura.

Ozil, 29 berdepan kritikan hebat susulan selepas tampil dengan prestasi longlai pada Piala Dunia yang menyaksika­n juara 2014, Jerman menamatkan kempen di tangga tercorot peringkat kumpulan.

Tetapi Emery yang ditemui sebelum ini berkata Ozil tetap pemain yang amat penting buat skuad kendaliann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia