Berita Harian

10 bintang Piala Dunia dijangka berhijrah

Perisic,hazard, Courtois antara disebut-sebut

-

Selepas tamat Piala Dunia, saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pula akan bermula dalam tempoh 24 hari lagi.

Ini bermakna perkara paling utama yang berlegar dalam pemikiran peminat bola sepak di seluruh dunia dalam tempoh tiga minggu dari sekarang ialah perpindaha­n pemain.

Selepas berakhirny­a kejohanan bola sepak paling berprestij itu, terdapat beberapa pemain yang menunjukka­n peningkata­n serta prestasi sepanjang beraksi di Russia.

Sukan Sportmail melihat sekurang-kurangnya 10 bintang bola sepak yang bermain Piala Dunia 2018 mungkin berhijrah ke kelab lain dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Antaranya adalah pemain Croatia, Ivan Perisic yang mewakili Inter Milan; Eden Hazard (Belgium/chelsea); penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois (Chelsea).

Selain itu, Ousmane Dembele (Perancis/barcelona); Alisson Becker (Brazil/roma); Domagoj Vida (Croatia/besiktas); Cristian Pavon (Argentina/river Plate); Juan Quintero (Colombia/river Plate); Aleksandr Golovin (Russia/ CSKA Moscow) dan Hirving Lozano (Mexico/psv Eindhoven).

Pemain sayap, Perisic, berjaya menyinar dan membantu Croatia melangkah jauh sehingga layak kali pertama ke final dan menjaringk­an tiga gol.

Pamer aksi cemerlang

Namun, bintang berusia 29 tahun itu hanya mempunyai satu lagi peluang selepas menolak tawaran lumayan Manchester United pada perpindaha­n musim lalu dan memilih untuk kekal di Inter Milan.

Di samping itu, Hazard yang juga penyerang Belgium berjaya mempamerka­n aksi cemerlang sehingga mampu menduduki tempat kedua dalam perebutan ‘Bola Emas’ di belakang Luca Modric yang dinobatkan selaku pemain terbaik.

Real Madrid dikatakan berminat mendapatka­n khidmat pemain ini. Terdapat kekosongan untuk bintang baharu itu di Santiago Bernabeu selepas Cristiano Ronaldo berhijrah ke Juventus.

Courtois pula yang masih mempunyai kontrak 12 bulan dengan Chelsea, sudah memberikan gambaran awal untuk berhijrah jika Hazard berbuat demikian.

Courtois pernah mengeluark­an kenyataan bahawa Hazard adalah kawan baiknya dan ‘ke mana saja Eden (Hazard) pergi, dia akan mengikut jejak langkahnya.’

 ??  ?? Ivan Perisic
Ivan Perisic
 ??  ?? Domagoj Vida
Domagoj Vida
 ??  ?? Eden Hazard
Eden Hazard
 ??  ?? Cristian Pavon
Cristian Pavon
 ??  ?? Thibaut Courtois
Thibaut Courtois
 ??  ?? Juan Quintero
Juan Quintero
 ??  ?? Ousmane Dembele
Ousmane Dembele
 ??  ?? Alisson Becker
Alisson Becker
 ??  ?? Aleksandr Golovin
Aleksandr Golovin
 ??  ?? Hirving Lozano
Hirving Lozano

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia