Berita Harian

Griezmann tidak letak harapan tinggi Ballon d’or

-

Moscow: Antoine Griezmann tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi Anugerah Ballon d’or selepas menjaringk­an empat gol buat Perancis dalam kempen Piala Dunia dan menduduki tempat kedua senarai penjaring terbanyak.

Dia menyempurn­akan sepakan penalti ketika menang 4-2 ke atas Croatia pada final Piala Dunia, Ahad lalu dan diumumkan Pemain Terbaik Perlawanan buat kali ketiga sepanjang kejohanan itu.

Griezmann juga menyumbat dua gol untuk membantu Atletico Madrid mencatat kemenangan ke atas Marseille pada final Liga Europa, Mei lalu sekali gus mencerahka­n peluang memper- baiki kedudukan tempat ketiga Ballon d’or sejak 2016.

Ditentukan undian

“Ballon d’or ditentukan menerusi undian orang ramai. Jadi kita cuma tunggu dan lihat apa keputusann­ya.

“Ketika ini, saya hanya mahu bergembira dan meluangkan masa bersama keluarga dan semua orang di Perancis. Saya mahu bercuti. Saya mahu bersedia menghadapi Piala Super Eropah. Seperti yang saya katakan, Ballon d’or ditentukan menerusi undian, bukan saya,” kata Griezmann kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Griezmann hampir menyertai Barcelona awal musim panas ini namun menolak tawaran perpindaha­n berjumlah 100 juta pound (RM471 juta) ke Camp Nou.

Jadi dia menghadiah­kan kejuaraan Piala Dunia itu kepada penyokong Atletico.

“Saya sangat gembira, saya bangga dengan pasukan, rakan sepasukan saya. Saya berterima kasih kepada semua pihak dan juga Atletico.

“Saya membuat keputusan untuk tidak menyertai Barcelona sebelum Piala Dunia. Saya sangat bangga dengan keputusan yang saya buat ini. Trofi ini untuk semua Colchonero­s. Ada banyak lagi kejayaan menanti kami selepas ini,” kata Griezmann.

Ballon d’or ditentukan menerusi undian orang ramai. Jadi kita cuma tunggu dan lihat apa keputusann­ya.” Antoine Griezmann, Penyerang Perancis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia