Berita Harian

Pussy Riot kena penjara

-

Moscow: Mahkamah di sini, menjatuhka­n hukuman penjara 15 hari ke atas empat ahli kumpulan Pussy Riot yang melakukan protes dengan memakai uniform polis palsu dan menceroboh masuk ke padang ketika aksi final Piala Dunia, Perancis menentang Croatia, Ahad lalu.

Penceroboh­an ke dalam padang oleh ahli kumpulan pemuzik punk itu pada babak kedua di Stadium Luzhniki memang mengejutka­n kerana ia disaksikan oleh Presiden Russia, Vladimir Putin serta beberapa pegawai tinggi dari seluruh dunia.

Hakim juga mengenakan larangan kepada empat tertuduh daripada menghadiri manamana kejohanan sukan selama tiga tahun.

Mereka yang terbabit adalah Veronika Nikulshina, Olga Pakhtusova, Olga Kurachyova dan Pyotr Verzilov.

Kurachyova berkata tindakan yang mereka lakukan itu adalah hak kebebasan bersuara dan mengutuk polisi FIFA iaitu badan induk bola sepak antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia