Berita Harian

Juara terima sambutan wira

Peminat penuhi Champs Elysees ikuti perarakan rai kejayaan pasukan Perancis di Russia

-

Skuad juara dunia Perancis menerima sambutan wira sejurus tiba ke tanah air ketika ribuan peminat memenuhi Champs Elysees bagi mengikuti perarakan meraikan kejayaan mereka di Moscow.

Perancis muncul juara buat kali kedua selepas menewaskan Croatia 4-2 pada aksi final, kelmarin dengan pemain remaja, Kylian Mbappe meletakkan dirinya sebagai salah seorang bintang bola sepak terkemuka di dunia biarpun baru berusia 19 tahun.

Berjuta-juta peminat membanjiri jalan raya bagi meraikan kejayaan Perancis muncul juara dengan membunyika­n hon kenderaan masing-masing, mengibar bendera Perancis, manakala Menara Eiffel dan Arc de Triomphe pula disinari cahaya biru, putih dan merah yang juga warna kebangsaan.

Peminat membanjiri Champs Elysees sejak awal pagi, lokasi yang digunakan sebagai tempat pasukan kebangsaan Perancis yang diarak dengan menggunaka­n bas tidak berbumbung.

Sambutan penuh meriah

Pemain menerima sambutan penuh meriah di Lapangan Terbang Charles De Gaulle termasuk diberikan penghormat­an ‘water salute’ oleh pihak bomba.

Ramai pengkritik meletakkan fokus kepada usaha menunjukka­n semangat patriotism­e dan perpaduan nasional ditunjukka­n oleh pasukan bola sepak Perancis yang dianggotai pelbagai kaum termasuk Mbappe dan Paul Pogba yang berasal dari Afrika - lokasi sering diabaikan dan terbiar di Paris.

Enam stesen metro di Paris pula, dinamakan semula sebagai tanda penghormat­an enam tonggak utama - dengan perhentian Victor Hugo - penulis berkenaan era abad ke-19 - dinamakan sementara sebagai Victor Hugo Loris iaitu ketua pasukan dan penjaga gol Perancis.

Dua lagi stesen pula didedikasi­kan sempena nama jurulatih Didier Deschamps, yang pernah menjadi ketua pasukan Perancis ketika muncul juara Piala Dunia pertama kali, pada 1998.

Deschamps yang menjadi individu ketiga selepas, Mario Zagallo dan Franz Beckenbaue­r memenangi Piala Dunia selaku jurulatih dan pemain berkata kemenangan di Russia ‘sama besar dan cantik’ seperti kejayaan pada 1998.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang turut menyaksika­n perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Luzhniki, Moscow, akan meraikan kejayaan itu bersama 1,000 kanakkanak di istana presiden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia