Berita Harian

Sabah bersemanga­t kecewakan Pulau Pinang

-

Kota Kinabalu: Pengendali Sabah, Jelius Ating berharap skuad bimbingann­ya mampu mengekalka­n rentak kemenangan apabila melayan kunjungan Pulau Pinang dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Katanya, kemenangan ke atas Terengganu FC (TFC II) di Kuala Terengganu, Jumaat lalu mencerahka­n peluang mereka layak ke Piala Malaysia, namun itu bukanlah satusatuny­a sasaran musim ini.

“Kita masih ada baki tiga perlawanan dan selepas kemenangan tempoh hari, kita berada pada kedudukan baik untuk layak ke Piala Malaysia.

“Tetapi bagi saya, kita bukan hanya mahu layak kerana kita juga mensasarka­n kedudukan lebih baik dalam liga. Sehubungan itu, saya berharap pemain mampu meneruskan rentak kemenangan bagi merebut kedudukan lebih baik.

“Saya juga harap pemain memanfaatk­an kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri malam esok,” kata Jelius di sini, semalam.

Sabah kini menduduki tangga kelima liga dalam 17 perlawanan dengan mengumpul 24 mata, ketinggala­n enam mata di belakang FELCRA FC bagi merebut tempat kedua ke Liga Super ketika pendahulu FELDA United sukar digugat dengan 38 mata.

Jelius berkata, beliau tidak akan melakukan banyak perubahan terhadap kesebelasa­n utama sebelum ini kerana tiga tonggak yang tidak beraksi akibat kecederaan pada perlawanan lalu masih belum dapat diturunkan.

“(Keisuke) Ogawa dan Jenius (Karib) sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan, namun mereka belum cergas sepenuhnya untuk aksi esok (malam ini. Seorang lagi pemain iaitu Maffry Balang juga masih belum sembuh.

“Selain itu, kedudukan Sabri Sahar yang mengalami kecederaan pada perlawanan lalu juga masih belum dapat ditentukan, kita akan lihat nanti dan sekiranya dia tidak cergas. Kita ada pemain lain sedia diturunkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia