Berita Harian

Kejuaraan milik FELDA United

Sahkan gelaran selepas atasi Sarawak di Petra Jaya

- Oleh Mohd Zamil Sulaiman

Misi FELDA United untuk menjuarai Liga Perdana menjadi kenyataan selepas menewaskan Sarawak 3-1 di Stadium Negeri, Petra Jaya, semalam.

Kejayaan menakluk liga kedua negara itu sekali gus membolehka­n skuad The Fighters kembali ke saingan Liga Super musim depan.

Pada aksi semalam, pasukan bimbingan B Sathianath­an itu tidak menunggu lama untuk mendahului tuan rumah apabila penyerang import, Gilberto Fortunato meletakkan mereka di depan pada minit ke5.

Pelawat terus menambah derita Sarawak dengan gol kedua yang dihasilkan Thiago Agusto pada minit ke39.

Jaringan awal

Tersentak dengan dua jaringan awal pelawat, skuad Bujang Senang kembali mengatur gerak bagi memburu jaringan.

Anak buah Andrew Gillan cuba bangkit melawan dan melakukan beberapa siri serangan namun tetap gagal menembusi gawang FELDA United.

Usaha tidak mengenal penat Sarawak akhirnya mem buahkan hasil apabila Mateo Roskam merapatkan kedudukan 12 pada babak kedua.

Bagaimanap­un, FELDA United membuktika­n keunggulan­nya dan bermula daripada serangan balas pantas, Gilberto Valdenesio meletakkan pasukannya semakin selesa dengan kedudukan 31 pada minit ke66.

Dengan keputusan itu, FELDA United kini mengumpul 41 mata selepas 18 perlawanan manakala Sarawak pula akan terus kekal bermain di Liga Perdana musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia