Berita Harian

FELCRA sedia ‘nyahkan’ JDT II

- Oleh Rodly Fadly

Kuala Lumpur: Ketua pasukan FELCRA FC, Shahrom Kalam menganggap Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sebagai ‘pengacau’ yang boleh menghalang hajat mereka mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua Liga Perdana.

Keduadua pasukan akan bertarung di Stadium Shah Alam, malam ini dengan ke menangan akan menyaksika­n FELCRA meletakkan sebelah kaki ke Liga Super musim depan.

Jika menang ke atas JDT II, pasukan bergelar The Rivals itu akan mengumpul 34 mata, yang pasti kian sukar dicabar oleh pesaing terdekatny­a, MIFA dan PDRM yang kini menduduki tangga ketiga dan keempat.

Namun, Shahrom sedar misi mengutip tiga mata bukan tugas mudah kerana JDT II tidak akan memberi laluan selesa kepada mereka.

Pengacau

“Menentang JDT II ibarat berlawan dengan pasukan Liga Super kerana mereka dibenarkan menggunaka­n pemain daripada skuad utama seperti Fazley Mazlan, Adam Nur Azlin, Syafiq Ahmad malah Nazmi Faiz Mansor.

“Selain itu, pemain import mereka, (Harry) Novillo dan (Nicolas) Fernandez juga bagus. Saya percaya JDT II akan menurunkan barisan terkuat esok dan menjadi ‘pengacau’ kepada misi kami,” katanya.

Begitupun, berdasarka­n prestasi semasa, Shahrom yakin FELCRA juga sudah bersedia menghadapi pertempura­n ini apatah lagi semua pemain utama bebas daripada kecederaan mahupun penggantun­gan.

“Peluang kami untuk menamatkan musim di tangga kedua, seterusnya layak ke Liga Super musim depan sangat cerah. Selepas sampai ke tahap ini, tidak mungkin pemain mahu mensiasiak­an peluang ini.

“Inilah yang menjadi kunci motivasi kami setiap kali turun bermain. Saya yakin rakan sepasukan akan memberi lebih 100 peratus komitmen untuk cuba mencapai kemenangan ke atas JDT II, esok (malam ini),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia