Berita Harian

Tok Gajah sasar naib juara

Pahang mahu kutip mata penuh baki tiga aksi

- Oleh Asrol Awang

Skuad Pahang mahu memburu mata maksimum bagi baki tiga per lawanan Liga Super dengan menjadikan pertemuan de ngan Melaka United di Stadium Hang Jebat, malam ini sebagai permulaan misi itu.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, sasaran itu untuk memastikan skuad kendalian Dollah Salleh menamatkan kempen liga di tangga kedua.

“Kita akan mulakan dengan sasaran tiga mata bertemu Melaka malam esok (malam ini), diikuti pertemuan dengan PKNS pada 21 Julai ini dan Kelantan (29 Julai).

“Ini kerana Perak, Kedah dan Terengganu turut ber- saing dan menyasarka­n kedudukan kedua sebagai penamat terbaik buat pasukan masingmasi­ng.

Prestasi terbaik

“Oleh itu, saya mengharapk­an semua pemain dapat mempamerka­n prestasi terbaik mereka selepas hanya seri dengan Perak dan PKNP FC,” katanya di sini, semalam.

Ditanya peluang Pahang untuk mengecewak­an Melaka United Mohammed Suffian berkata, skuad itu tidak boleh memberi ruang kepada tuan rumah.

Katanya, peningkata­n pres- tasi yang dipamerkan skuad kendalian E Elavarasan dalam beberapa perlawanan termasuk menang 4-1 ke atas Kedah di laman sendiri menuntut Pahang lebih berwaspada.

“Rekod Melaka United di Stadium Hang Jebat cukup baik dan sudah pasti Pahang perlu lebih bersedia untuk mengekang percaturan lawan. “Biarpun tanpa dua pe

pertahanan, Muslim Ahmad dan Mohd Faisal Rosli yang masih lagi belum pulih daripada kecederaan, saya percaya Pahang akan membawa pulang tiga mata,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia