Berita Harian

PKNP azam terus rentak cemerlang

-

Ipoh: Pemain PKNP FC diharap mampu meneruskan rentak cemerlang dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super musim ini bermula dengan menentang PKNS FC di sini, malam ini.

Faktor itu dituntut oleh jurulatih, Abu Bakar Fadzim yang mahu anak buahnya mengekalka­n prestasi semasa bagi memastikan mereka mampu terus bersaing di Liga Super musim depan.

Sebelum ini, PKNP FC berjaya mengutip lima mata daripada kunjungann­ya ke laman Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Saya berharap pemain mampu mengekalka­n persembaha­n bertenaga seperti dalam tiga perlawanan lalu itu,” katanya di sini, semalam.

Ketika ini, PKNP FC menduduki tangga kelapan liga dengan 22 mata dan skuad itu hanya perlu mengutip tiga lagi mata dari baki empat perlawanan untuk mengesahka­n kedudukan musim depan.

Daripada empat perlawanan itu, tiga akan diadakan di gelanggang sendiri dan Bakar berharap pemain akan menggunaka­n sebaiknya kelebihan yang ada.

“Tidak semudah diungkapka­n kerana kami akan bertemu pencabar handalan termasuk JDT, Kedah dan Selangor.

“Apapun kami akan cuba beri tentangan kepada setiap pencabar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia