Berita Harian

Kerajaan Sabah, Pusat pinda struktur projek

Urus selia sendiri jimatkan RM1 bilion

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Kerajaan Sabah dan Kementeria­n Kerja Raya bersetuju untuk mengkaji semula struktur model pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini. Persetujua­n itu dicapai hasil perbincang­an selepas kunjungan hormat Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur negeri, Datuk Peter Anthony ke atas Menteri Kerja Raya, Baru Bian di Kuala Lumpur, kelmarin.

Peter menerusi kenyataann­ya, berkata kerajaan negeri menekankan supaya projek lebuh raya itu perlu diteruskan untuk mengurangk­an jurang indeks pembanguna­n jalan raya (RDI) antara Sabah dengan negeri lain.

Bagaimanap­un, katanya, kementeria­nnya mendapati model pelaksanaa­n Projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini yang membabitka­n pelantikan Rakan Pelaksana Projek (PDP) sebagai agensi pelaksana adalah pembaziran wang rakyat.

Beliau berkata, sehingga RM1 bilion boleh dijimatkan jika projek itu diurus selia sendiri oleh Kementeria­n Kerja Raya dan Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah, iaitu daripada fi dan bayaran balik PDP, selain dijangka sejumlah besar penjimatan dapat diperoleh jika kaedah perolehan adalah secara tender terbuka.

“Berdasarka­n perbincang­an keduadua pihak, kami bersetuju supaya struktur model pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo (Sabah) ini dikaji semula.

Sedia kertas kerja

“Menteri Kerja Raya menyaranka­n supaya Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur (negeri) menyediaka­n kertas cadangan berkenaan kaedah pelaksanaa­n terbaik untuk dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kerja Raya dan seterusnya dipanjangk­an kepada Kementeria­n Kewangan,” katanya menerusi kenyataan itu, semalam.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanak­an dalam tiga

Lebuhraya Pan

Borneo Sabah dilaksanak­an dalam tiga fasa sepanjang 1,236 kilometer (km) dengan anggaran kos bagi Fasa 1 yang mempunyai 35 pakej ialah RM12,864 bilion meliputi 706 kilometer, manakala Fasa 2 dan 3 membabitka­n laluan sepanjang 413km lagi kini dalam peringkat perancanga­n. fasa sepanjang 1,236 kilometer (km) dengan anggaran kos bagi Fasa 1 yang mempunyai 35 pakej ialah RM12,864 bilion meliputi 706 kilometer, manakala Fasa 2 dan 3 membabitka­n laluan sepanjang 413km lagi kini dalam peringkat perancanga­n.

Sementara itu, Peter berkata, perbincang­an penyelengg­araan jalan persekutua­n Sabah turut dibincangk­an dengan fokus kepada kontrak penswastaa­n serta pelantikan konsesi pelaksana.

Nilai prestasi konsesi

Beliau berkata, pihaknya mendapati, penyambung­an kontrak sudah ditandatan­gani walaupun kontrak kerja penyelengg­araan belum lagi tamat tempoh,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN KEMENTERIA­N PEMBANGUNA­N INFRASTRUK­TUR SABAH] ?? Anthony (duduk kanan) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya, Baru Bian di pejabat Kementeria­n Kerja Raya, di Kuala Lumpur.
[ FOTO IHSAN KEMENTERIA­N PEMBANGUNA­N INFRASTRUK­TUR SABAH] Anthony (duduk kanan) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya, Baru Bian di pejabat Kementeria­n Kerja Raya, di Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia