Berita Harian

Jabatan Pendidikan beli terus stok diesel

Kebenaran untuk 10 bulan bernilai RM20,000

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Jabatan Pendidikan Sarawak diberi lampu hijau membuat pembelian langsung bekalan diesel membabitka­n peruntukan RM20,000 sebulan bagi tempoh 10 bulan akan datang.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, berkata sebanyak 369 sekolah akan dibekalkan diesel bagi tujuan penjanaan tenaga dengan setiap sekolah dilantik satu kontraktor, bukan semua sekolah di bawah satu kontraktor besar.

“Bagi 2017 hingga 2019, jumlah keseluruha­n kontrak memasang hibrid solar adalah RM1.32 bilion, termasuk 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an yang diberikan kepada Jepak Holding Sdn Bhd.

“Bagaimanap­un, kontrak berkenaan kini sedang disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sesi penggulung­an di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Sementara itu, Manyin berkata, terlalu banyak sekolah di Sarawak masih berhadapan dengan pelbagai masalah, termasuk ketiadaan elektrik, air bersih, sekolah usang, selain laluan digunakan untuk ke sekolah yang sukar.

“Daripada keseluruha­n jumlah sekolah berkenaan, 371 sekolah masih berdepan masalah bekalan elektrik dan hanya bergantung kepada generator sejak sekian lama.

Jarak sambung bekalan

“Tahun lalu, kementeria­n sudah memajukan cadangan agar 113 sekolah yang berada 10 kilometer daripada talian grid elektrik disambung bekalan dan anggaran perbelanja­an bagi tujuan itu berjumlah RM50 juta.

“Perkara berkenaan adalah penting demi menjamin bekalan tenaga 24 jam, manakala, 258 sekolah yang berada 20 kilometer daripada talian grid dicadang dipasang sistem hibrid solar,” katanya.

Manyin ketika mengulas lanjut berkata, sebanyak 428 sekolah pula mempunyai masa- lah bekalan air yang mana semua sekolah itu bergantung kepada takungan air hujan, air graviti, selain menggunaka­n telaga tiub dan sungai sebagai sumber utama.

“Kualiti daripada sumber air terbabit boleh dipersoalk­an dan tidak mampan untuk keselamata­n serta kesihatan murid.

“Pada 2016, Jabatan Pendidikan Sarawak, sudah menghantar cadangan agar 62 sekolah dalam jarak satu kilometer dari talian bekalan air dipasang paip, namun pihak kami masih menunggu peruntukan RM2.3 juta,” katanya.

 ?? [ FOTO NADIM BOKHARI / BH ] ?? Micheal mengadakan Sidang Media selepas sesi pengulunga­n di Persidanga­n Hari Ketujuh Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching.
[ FOTO NADIM BOKHARI / BH ] Micheal mengadakan Sidang Media selepas sesi pengulunga­n di Persidanga­n Hari Ketujuh Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia