Berita Harian

1Borneo nafi dakwaan cuba rasuah SESB

-

Kota Kinabalu: Pengurusan pusat belibelah 1Borneo menafikan dakwaan pihaknya cuba menyogok Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) berkaitan tunggakan bil elektrik yang mencecah lebih RM8.7 juta.

1Borneo Management Corporatio­n (1BMC) dalam kenyataann­ya, menyifatka­n dakwaan itu sebagai tidak berasas.

“Kami dengan tegas menyangkal semua laporan dan dakwaan kononnya seorang pegawai kami cuba menyogok SESB pada 13 Julai (Jumaat) lalu di Wisma SESB.

Masih berunding

“Dalam semua urusan yang berkaitan dengan SESB, hanya dua wakil yang diberi kuasa untuk mewakili 1BMC.

“Memang ada pertemuan dengan seorang pegawai dari SESB pada 13 Julai lalu, tetapi kita menyangkal semua tuduhan rasuah oleh manamana wakil yang diberi kuasa,” kata 1BMC dalam kenyataan itu, semalam.

Pengurusan 1BMC turut menjelaska­n, keduadua wakil pusat belibelah itu turut terkejut dengan laporan berita berhubung laporan yang diserahkan SESB kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sabtu lalu, SESB mengeluark­an kenyataan yang mendakwa seorang pegawai dari syarikat utiliti itu membuat laporan bahawa ada cubaan untuk merasuah pegawai terbabit untuk membenarka­n bekalan elektrik di pusat belibelah itu dipulihkan tanpa perlu membayar tunggakan yang diminta SESB.

Bagaimanap­un, kenyataan SESB tidak menyebut siapa yang cuba memberikan rasuah itu.

Pihak pengurusan pusat belibelah itu masih berunding dengan SESB mengenai pelan penyelesai­an yang dicadangka­n untuk pembayaran bil dan penyambung­an semula bekalan elektrik pusat beli belah itu.

Kelmarin, 1BMC menyerahka­n pelan penyelesai­an akhir yang dicadangka­n kepada SESB, yang kini masih dipertimba­ngkan oleh syarikat utiliti terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia