Berita Harian

‘Gerai tanpa peniaga’ keunikan di Sandakan

Konsep perlukan kejujuran pembeli

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Hanya memerlukan kejujuran pembeli. Itu konsep ‘gerai tanpa peniaga’ iaitu gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran biasanya terletak di tepi jalan utama dan beroperasi tanpa kehadiran peniaga di beberapa lokasi di daerah ini.

Bagi membolehka­n pembeli membayar barangan pula, peniaga menyediaka­n peti berkunci biasanya diperbuat daripada kayu diletakkan di atas meja, atau kadangkala cuma menggunaka­n tong yang diikat pada tiang pondok dengan harga barangan sudah ditulis pada bungkusan.

Justeru, pembeli perlu menyediaka­n wang secukupnya kerana tiada baki disediakan.

Ia mungkin agak unik, namun masih diamalkan di kebanyakan laluan utama atau kampung di pantai timur Sabah.

Tinjauan NSTP di sepanjang laluan ke Pekan Muhibbah, Sungai Manila, dekat sini, mendapati sekurangku­rangnya ada empat gerai yang menggunaka­n konsep berkenaan.

Selain tanaman kontan dan buahbuahan, turut dijual ialah minyak petrol yang disimpan dalam bekas plastik mineral.

Peniaga, Patimah Hamsain, 63, berkata dia hanya berada di gerai yang terletak 100 meter dari rumahnya antara dua hingga empat jam sehari, manakala waktu selebihnya berada di rumah untuk melakukan kerja rumah dan berehat.

Raih RM300 sebulan

“Saya sudah dua tahun berniaga di sini. Bolehlah dapat antara RM100 hingga RM300 sebulan sebagai pendapatan tambahan keluarga.

“Jika sibuk dengan kerja rumah, saya biarkan sahaja gerai. Kebanyakan yang singgah membeli penduduk sini juga atau kampung berhampira­n.

“Kalau ada yang mahu menipu (tidak membayar), itu terpulang kepada mereka dan kami anggap ia sebagai derma kepada mereka,” katanya sambil mendakwa ia perkara biasa kepada peniaga seperti mereka jika mengalami kerugian.

Seorang lagi peniaga yang cuma mahu dikenali sebagai Mili, 50an, berkata mereka cuma menjaga gerai seharian suntuk pada musim buah kerana lebih ramai pelanggan.

Pada musim itu, katanya, keuntungan diperoleh berlipatga­nda khususnya yang mempunyai tanaman sendiri dengan buah seperti durian dan mangga antara paling laris dijual.

 ?? [ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] ?? Tabung duit disediakan peniaga bagi membolehka­n pembeli membayar harga sayur atau buah di gerai tepi jalan Pekan Muhibbah, di Sandakan.
[ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ] Tabung duit disediakan peniaga bagi membolehka­n pembeli membayar harga sayur atau buah di gerai tepi jalan Pekan Muhibbah, di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia