Berita Harian

Warga tua maut kereta rempuh pacuan empat roda

Mangsa cedera parah di muka, dada meninggal di tempat kejadian

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Seorang lelaki warga tua maut apabila kereta dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Batu 3, Jalan ApasJalan Tawau Lama dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, mangsa, Ho Chee Yen, 65, yang memandu Perodua Kancil, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di muka dan dada akibat tersepit di bahagian stereng kereta.

Bagaimanap­un, pemandu pacuan empat roda Toyota Hilux, iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata siasatan mendapati nahas berlaku apabila mangsa secara tiba-tiba masuk ke simpang Lorong Hua Dat di sini, mengakibat­kan pemandu Toyota Hilux itu gagal mengelak.

“Akibat pelanggara­n itu, pacuan empat roda berkenaan terbabas dan terbalik ke dalam longkang besar di kiri jalan, manakala Perodua Kancil berpusing dan terhenti di laluan sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pemandu pacuan empat roda tiada lesen

Fadil berkata, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati remaja terbabit, yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini tidak memiliki lesen memandu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin, berkata pihaknya menghantar dua jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kemalangan, anggota bomba berusaha mengeluark­an pemandu yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Tawau untuk tindakan selanjutny­a.

 ?? [FOTO IHSAN POLIS] ?? Kereta dipandu Chee Yen remuk dalam kejadian di Batu 3, Jalan Apas-jalan Tawau Lama dekat Tawau, kelmarin.
[FOTO IHSAN POLIS] Kereta dipandu Chee Yen remuk dalam kejadian di Batu 3, Jalan Apas-jalan Tawau Lama dekat Tawau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia