Berita Harian

Suspek curi kereta diberkas

-

Miri: Hanya RM5,000. Itu harga sebuah Toyota Hilux ‘panas’ dijual seorang lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti curi kenderaan di bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan suspek berusia 33 tahun terbabit terbongkar, selepas dia ditahan polis di sebuah bilik sewa di Jalan Lee Tak di sini, kelmarin.

Menurut sumber, suspek dipercayai terbabit dalam kes curi sebuah Toyota Hilux di Taman Permai di sini, pada 2 Julai lalu sebelum menjualnya kepada seorang lelaki.

Katanya, hasil siasatan dan risikan, polis berjaya mengesan suspek yang menginap di bilik sewa berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Jual kereta curi RM5,000

“Siasatan mendapati suspek mengakui terbabit dalam kes curi berkenaan dan sudah menjual kenderaan itu kepada seorang lelaki dengan harga RM5,000.

“Usaha untuk mengesan pembeli kenderaan itu sedang giat dijalankan oleh polis,” katanya.

Sumber berkata, polis tidak menolak kemungkina­n kegiatan itu didalangi sindiket curi kereta yang mensasarka­n pacuan empat roda di sekitar daerah ini.

“Kereta yang dicuri akan dijual kepada pihak tertentu dengan harga jauh lebih rendah dari nilai pasaran.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n tangkapan itu dan pihaknya masih mengesan ahli sindiket lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia