Berita Harian

Lelaki ditahan rogol adik ipar

-

Beluran: Polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun selepas disyaki merogol adik iparnya di sebuah kampung di daerah ini, Ahad lalu.

Suspek ditahan selepas mangsa yang berusia 19 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, pada hari sama.

Menurut sumber, kali pertama mangsa diperlakuk­an sedemikian pada Mac lalu ketika mereka berada di rumah kenalan keluarga di Tuaran dan kali terakhir pada Mei lalu.

Sering dinodai suspek

Katanya, sejak itu, mangsa sering dinodai suspek, terutama ketika mereka berada di rumah suspek di sebuah kampung di daerah ini.

“Di rumah itu, mangsa tinggal bersama suspek, isteri suspek dan anak pasangan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, suspek biasanya merogol mangsa pada waktu malam ketika isterinya sudah tidur dan mengugut agar tidak memaklumka­n kejadian kepada isteri suspek.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, ketika dihubungi mengesahka­n penahanan suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia