Berita Harian

Penunggang motosikal tercampak di jalan

-

Keningau: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang memasuki laluan bertentang­an di Kilometer 5, Jalan Keningau/apin-apin di sini, kelmarin.

Dalam kejadianpa­da jam 9.30 malam itu, Peter Sauman, 47, dari Kampung Merampong, di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, berkata ketika kejadian, sebuah kereta Toyota Crown dipandu lelaki berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah pekan Keningau menuju ke ApinApin.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dikatakan memasuki lorong bertentang­an dan merempuh motosikal Honda Wave ditunggang mangsa yang bergerak dari arah Apin-apin menuju ke pekan Keningau.

Mangsa tercampak

“Akibat pelanggara­n itu, mangsa tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahmad berkata, pemandu kereta berkenaan hanya mengalami cedera ringan di kepala.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia