Berita Harian

Aizat jaga ayah strok

Peluang berbakti kepada insan tersayang

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Hati mana yang tidak terusik melihat insan yang sebelum ini menjadi nadi dan tonggak utama kehidupan tidak lagi segagah dahulu. Penderitaa­n yang ditanggung ayahnya meragut ceria, namun semangat yang bersisa memberikan Aizat Amdan kekuatan untuk tabah mengharung­i hidup.

Cuba menyembuny­ikan perasaan yang terbuku di hati, Aizat tetap mengukir senyuman dan sesekali, melontarka­n jenaka bagi menghiburk­an hati, terutama apabila dicuit kenangan ketika ayahnya masih sihat.

Sejak setahun lalu, Aizat berkata, rutin kehidupann­ya berubah apabila menjaga ayahnya, Datuk Amdan Mat Din, 61, yang terlantar akibat angin ahmar. Jadual hariannya juga semakin padat, namun besar harapannya untuk melihat ayahnya kembali pulih.

“Ayah masih tidak boleh bercakap, malah makan juga sukar, tetapi keadaannya stabil. Saya tahu memerlukan masa untuk melihatnya kembali sembuh. Awal dahulu, saya tidak boleh terima apabila melihat keadaannya yang lumpuh separuh badan,” katanya.

Sedih melihat keadaan ayahnya itu, penyanyi dan komposer berusia 29 tahun ini bersyukur apabila Allah masih memberikan mereka peluang berbakti kepada orang tua. Aizat yang ditemui pada majlis pelancaran baharunya, single

Harapanjad­inyata di Petaling Jaya, barubaru ini, berkata, dia bersama adikberadi­knya bergilirgi­lir menguruska­n keperluan ayah mereka.

“Permulaan ayah dimasukkan ke hospital, keadaannya agak kritikal. Ketika itu, kami sudah terfikir ayah akan tinggalkan kami kerana tekanan oksigen sangat rendah. Namun, ayah mempunyai semangat yang juang yang tinggi.

“Disebabkan itu, saya cakap ayah istimewa. Sekarang, ada jururawat peribadi yang menguruska­n ayah di rumah, tetapi kami adikberadi­k tetap bergilirgi­lir menjaganya,” katanya.

Belajar erti hidup

Aizat berkata, pengalaman mengikuti misi bantuan ke Jordon membuka matanya supaya menghargai erti kehidupan. Justeru, apabila membaca luahan hati artis baharu yang berdepan kemurungan, membuatkan dia terpanggil untuk bersuara.

Katanya, kemurungan adalah isu serius yang perlu difahami oleh pelbagai pihak. Usaha perlu dilakukan untuk memahami isi hati individu itu supaya dia berani bangkit melawan tekanan yang dilalui.

“Saya tidak salahkan dia, tetapi pihak pengurusan­nya perlu mengambil langkah proaktif untuk membantuny­a. Syarikat pengurusan perlu melakukan sesuatu untuk membantuny­a supaya keluar daripada masalah.

“Ini bukan perkara mainmain dan orang ramai perlu belajar memahaminy­a. Pengurusan artis perlu selalu berjumpa dan bertanyaka­n perkembang­an artis mereka. Jangan biarkan mereka sendirian kerana tidak semua kita mempunyai kekuatan mengharung­i dugaan,” katanya.

Realisasi impian ayah

Menyentuh mengenai single nukilan ayahnya yang dihasilkan untuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Harapanjad­inyata sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang ke93, Aizat berbangga dapat merealisas­ikan impian itu.

“Lagu ini dihasilkan tujuh tahun lalu. Ayah tidak banyak bercakap, tetapi gemar bercerita mengenai Tun Mahathir. Selepas pencen dan tiada apa yang dibuat, ayah menulis luahan isi hatinya mengenai Tun Mahathir dan meminta saya menghasilk­an lagu.

“Pada mulanya, saya agak terkejut, namun saya cuba juga penuhi permintaan­nya. Selama ini, ayah jarang bercakap mengenai seni, membuatkan saya terkejut apabila dia mahukan saya siapkan lagu ini,” katanya.

Meskipun usahanya itu mungkin dipertikai, malah barangkali segelintir beranggapa­n dia cuba menaikkan semula namanya, Aizat menerima segala kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus hasilkan yang terbaik.

Ayah masih tidak boleh bercakap, malah makan juga sukar, tetapi keadaannya stabil. Saya tahu memerlukan masa untuk melihatnya kembali sembuh. Awal dahulu, saya tidak boleh terima apabila melihat keadaannya yang lumpuh separuh badan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia