Berita Harian

MALAYSIA FAIL PERMOHONAN TUNTUT WANG 1MDB DIBEKUKAN SINGAPURA, AMBIL TINDAKAN TERHADAP 53 DEFENDAN

Kerajaan fail permohonan dakwa 53 individu, syarikat

-

Kerajaan Malaysia telah melantik firma guaman Singapura untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat bagi menuntut wang milik 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Sumber memberitah­u, Peguam Negara Tommy Thomas telah meluluskan pelantikan firma guaman Tan Rajah & Cheah, awal minggu ini.

Beliau berkata, Kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di Singapura terhadap 53 defendan bagi mendapatka­n perintah untuk mendapatka­n semula wang milik 1MDB.

Bincang pemulangan wang 1MDB dibeku di Singapura

Katanya, Thomas telah mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Singapura, Lucien Wong, baru-baru ini untuk memudahkan pemulangan wang 1MDB yang dibekukan oleh pihak berkuasa Singapura.

Antara 53 defendan itu ialah ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Perintah mahkamah adalah perlu untuk mengeluark­an wang itu kepada 1MDB atau Kerajaan Malaysia,” kata sumber itu.

Malaysia telah melantik peguam cara daripada Singapura untuk memfailkan tindakan kerana peguam Malaysia tidak dibenarkan mewakili di mahkamah Singapura.

Pada 31 Mei lalu, Pasukan Petugas Khas 1MDB, dalam satu kenyataan berkata Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk bekerjasam­a dalam usaha membawa balik wang dipercayai telah diseleweng­kan daripada 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia