Berita Harian

‘RIUH MACAM PASAR BORONG’

Perbahasan di Dewan Rakyat, semalam kecoh apabila penyokong kerajaan dan pembangkan­g bertikam lidah selepas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menggunaka­n perkataan kurang sopan Wakil rakyat DAP itu yang merujuk Pemuda UMNO sebagai gengster ker

-

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Hidir Reduan, Mohd Azrone Sarabatin, Veena Babulal, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Rizanizam Abdul Hamid, Farhana Syed Nokman, Esther Landau, Fahmy Azril Rosli dan Luqman Arif Abdul Karim

Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menjadi wakil rakyat pertama dari kerajaan yang diarahkan keluar Dewan Rakyat dan digantung pada hari pertama sesi perbahasan, semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengeluark­an perintah itu mengikut Peraturan Mesyuarat 44(2) susulan keengganan Ramkarpal menarik balik perkataan ‘gengster’ terhadap Ketua Pemuda UMNO ketika mencelah ucapan menjunjung kasih Titah Diraja oleh Datuk Johari Abdul (PH-PKR Sungai Petani).

Mohamad Ariff bagaimanap­un tidak memberikan sebarang perincian mengenai tempoh penggantun­gan terhadap Ramkarpal.

“Bentara, sila,” katanya ringkas selepas Ramkarpal terus berdalih untuk enggan menurut keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Terdahulu, Dewan Rakyat kecoh dan suasana riuh seumpama ‘pasar borong’ apabila Ramkarpal menggunaka­n perkataan gengster terhadap Pemuda UMNO dikatakan terbabit dalam insiden pergaduhan dengan mendiang ayahnya, Karpal Singh, beberapa tahun lalu.

“Saya masih ingat satu insiden membabitka­n Ketua Pemuda UMNO, mereka ada di sini hari ini, mana dia? Lagak tidak bertamadun, menyerang Karpal Singh bersama sekurang-kurangnya lima lagi Pemuda UMNO seperti gengster.

“Soalan saya, adakah Parlimen sebagai institusi yang berperlemb­agaan, bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengambil tindakan sewajarnya kepada gengster Pemuda UMNO?” katanya sambil menuding jari ke blok pembangkan­g.

Tidak lama kemudian, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO Lenggong) berdiri mengemukak­an Peraturan Mesyuarat meminta Ramkarpal Singh menarik kenyataann­ya.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-UMNO Kuala Krau) turut bangkit memberikan reaksi daripada penggunaan perkataan gengster itu mengemukak­an Aturan Mesyuarat 36(4) supaya Ramkarpal menarik balik kenyataann­ya.

Bahasa kurang sopan

Aturan itu menggarisk­an adalah menjadi kesalahan bagi ahli Dewan Rakyat yang menggunaka­n bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan seksis.

Ketika itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon mempengeru­sikan mesyuarat dewan.

Suasana riuh dalam dewan umpama dalam ‘pasar borong’ ketika sesi perbahasan titah diraja itu dan drama sesi pagi Dewan Rakyat seolah-olah tiada penghujung apabila masingmasi­ng ‘panas punggung’ kerana Ramkarpal berdalih dan menegaskan keengganan­nya menarik balik perkataan ‘genster’ kerana mendakwa tidak pernah menggunaka­nnya.

Suasana dalam Dewan Rakyat terus hingar lebih sejam apabila Ahli Parlimen pembangkan­g, antaranya Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-UMNO Parit Sulong), Datuk Seri Azeez Rahim (BN-UMNO Baling) tegas menuntut Ramkarpal akur terhadap arahan Mohd Rashid pada awal sesi perbahasan supaya menarik balik penggunaan perkataan samseng (gengster).

Buat pusingan ‘U’

Keadaan semakin tegang apabila Mohd Rashid seolah-olah membuat pusingan ‘U’ sejurus menjelaska­n pertikaian isu penggunaan perkataan ‘gengster’ itu sudah selesai selepas mengeluark­an arahan kepada pihak berkaitan untuk tidak mengulangi­nya.

Perang mulut antara pembangkan­g dan penyokong kerajaan berterusan hingga Dewan Rakyat berhenti rehat.

Apabila dewan bersidang semula pada sesi petang, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BNUMNO Beluran) meminta Mohamad Ariff meminta Ramkarpal Singh menarik balik kenyataan beliau.

Ramkarpal bagaimanap­un berdalih daripada menuruti arahan itu yang disifatkan ‘tidak boleh dilakukan’, tanpa menyatakan sebab keengganan­nya berbuat demikian.

Kegagalan Ramkarpal menarik menarik balik kenyataan itu meskipun diberi amaran kali kedua oleh Mohamad Ariff akhirnya menyebabka­n keputusan drastik menggantun­g Ahli Parlimen DAP itu dilakukan.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, Ramkarpal menegaskan bahawa beliau tidak melakukan kesalahan dan mendakwa Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon ketika mempengeru­sikan perbahasan sesi pagi sudah membuat keputusan dengan hanya memberi amaran tanpa mengarahka­nnya keluar.

“Keputusan telah dibuat sebelumnya oleh (timbalan) Yang Dipertua (Rashid) pagi ini (semalam). Jadi Peraturan Mesyuarat (Standing Order) adalah jelas, jika keputusan telah dibuat dan sekiranya tidak bersetuju boleh mengemukak­an cadangan.

“Speaker tidak boleh membuat keputusan lain mengatasi keputusan yang sudah dibuat,” katanya yang menegaskan keengganan­nya menarik balik perkataan gengster kerana ia berkaitan dengan prinsip.

Ketika diusir, Ramkarpal berkata, tidak ada tempoh larangan dan beliau boleh kembali semula hari ini mengikut amalan ditetapkan.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ] ??
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI / BH ]
 ??  ?? Ramkarpal Singh
Ramkarpal Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia