Berita Harian

HARGA KENDERAAN DIJANGKA NAIK SUSULAN PELAKSANAA­N SST

Kesan SST, isu dagangan semasa antara faktor

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) membuat semakan semula dengan merendahka­n sasaran jualan kenderaan keseluruha­n tahun ini kepada 585,000 unit berbanding 590,000 unit sebelumnya, susulan kebimbanga­n mengenai kesan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Presidenny­a, Datuk Aishah Ahmad, berkata harga kebanyakan model kenderaan dijangka meningkat susulan pelaksanaa­n semula rejim cukai kepengguna­an itu.

Jun hingga Ogas, banyak permintaan

Beliau berkata, bagi tempoh Jun hingga Ogos, terdapat banyak permintaan untuk mendaftark­an kenderaan berikutan penurunan harga kenderaan selepas pelaksanaa­n GST pada kadar sifar.

“Namun, dari September dan seterusnya, saya yakin akan (jualan) lembap sedikit. Jika harga meningkat, ia akan memberi kesan kepada jualan,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi jualan kenderaan bagi separuh pertama 2018 di Petaling Jaya, semalam.

Aishah berkata, selain SST, faktor ekonomi dan persekitar­an, termasuk peraturan pinjaman kenderaan yang ketat yang dijangka berterusan serta perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China mendorong MAA untuk membuat semakan semula unjuran jualan kereta bagi tahun ini.

Harga kebanyakan model kenderaan dijangka meningkat susulan pelaksanaa­n semula rejim cukai kepengguna­an itu” Aishah Ahmad, Presiden MAA

Malaysia tidak memerlukan satu lagi kereta nasional baharu memandangk­an industri automotif negara sudah berkembang maju, manakala dari segi skala ekonominya pula, pasaran kenderaan tempatan dilihat kecil.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif tempatan sudah pesat membangun dan ia kini mempunyai lebih 500 vendor tempatan yang memenuhi keperluan industri automotif negara dari segi bekalan.

Beliau berkata, jika dibandingk­an dengan negara ASEAN lain seperti Thailand dan Indonesia, ia tidak mempunyai kereta nasional, tetapi industri automotif negara berkenaan berkembang kukuh.

Pembanguna­n vendor, kejurutera­an

Katanya, untuk melaksanak­an projek kereta nasional, Malaysia perlu bekerjasam­a dengan pengeluar kereta bertaraf dunia yang ingin melabur di negara ini.

“Pada ketika kita mahu mempunyai kereta nasional PROTON, pembanguna­n vendor dan kejurutera­an ketika itu belum ada lagi. Dari semasa ke semasa, ia membantu dan menyokong industri berkembang.

“Namun, kita sudah ada PROTON, PERODUA dan industri berkembang maju. Malah, jenama lain juga turut menggunaka­n vendor tempatan,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi jualan kenderaan pada separuh pertama 2018 di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan mempunyai jenama kereta nasional baharu.

Kerjasama kereta ASEAN

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan kerjasama kereta ASEAN antara MalaysiaIn­donesia, Aishah berkata, kerjasama dengan pengeluar kereta penting untuk mengeluark­an model kereta ASEAN.

Beliau berkata, model kenderaan yang bakal dikeluarka­n itu juga mesti diterima oleh semua negara ASEAN.

“Di Indonesia, anda perlu pastikan pengeluar (kereta) juga menyokong idea kereta ASEAN kerana lazimnya ada sekatan eksport. Jika tidak mendapat kelulusan, anda tidak boleh mengekspor­t,” katanya.

Dalam lawatan ke Indonesia hujung bulan lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangk­an kemungkina­n untuk menghidupk­an semula projek kereta Malaysia-indonesia bagi pasaran ASEAN menerusi inisiatif syarikat swasta.

Perdana Menteri berkata, idea itu diketengah­kan oleh beliau beberapa tahun lalu tetapi tidak dapat diteruskan kerana beberapa sebab.

 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] ?? Aishah (kanan) pada sidang media mengumumka­n prestasi jualan kenderaan separuh pertama 2018 di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] Aishah (kanan) pada sidang media mengumumka­n prestasi jualan kenderaan separuh pertama 2018 di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia