Berita Harian

JAWATANKUA­SA KAJI SEMULA DASAR PENDIDIKAN NEGARA AKAN DITUBUH

Inisiatif dilaksana dalam usaha menambah baik dasar, kurikulum

-

Kementeria­n Pendidikan akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu, semalam.

Menteri berkenaan, Dr Maszlee Malik (PH-PPBM Simpang Renggam) berkata, jawatankua­sa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.

Liputi pelbagai aspek

“Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentuka­n nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PHPPBM Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ke- tika sesi soal jawab.

Maszlee berkata, jawatankua­sa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan.

Tambah guru pakar ke sekolah luar bandar

Menjawab soalan tambahan anggota yang sama mengenai langkah diambil untuk menggalakk­an penggunaan bahasa Inggeris tanpa meminggirk­an bahasa Malaysia terutamany­a buat golongan luar bandar, beliau berkata kementeria­nnya akan menambah penghantar­an guru pakar bahasa Inggeris ke kawasan luar bandar.

Katanya selain itu langkah akan diambil bagi meningkatk­an kemahiran bahasa Inggeris dikalangan guru yang sedia ada, mengundang guru yang telah bersara serta siswazah untuk sama-sama terlibat dalam usaha meningkatk­an penggunaan bahasa itu serta mengambil guru pelatih dari luar.

Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentuka­n nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi” Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia