Berita Harian

SPRM SERBU SYARIKAT BERKAITAN PROJEK ECRL, PAIP GAS

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas beberapa dokumen berkaitan projek Multi-product Pipeline (MPP), Trans-sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam pemeriksaa­n di 13 lokasi sekitar Lembah Klang, semalam.

Sumber memaklumka­n, pemeriksaa­n oleh lebih 50 pegawai dan kakitangan SPRM itu dimulakan sekitar jam 10 pagi terhadap premis milik beberapa syarikat dipercayai ada kaitan dengan tiga projek berkenaan.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi NSTP mengesahka­n serbuan berkenaan namun tidak mengulas lanjut.

“Ya kita ada lakukan serbuan. Satu kenyataan rasmi akan dikeluarka­n dalam masa terdekat,” katanya.

Gantung kerja, perkhidmat­an

Pada 5 Julai lalu, kerajaan menerusi Kementeria­n Kewangan menggantun­g kerja dan perkhidmat­an Projek Suria Synergy Energy Resources Sdn Bhd (SSER), yang diberi mandat melaksanak­an projek MPP dan TSGP bernilai RM9.4 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kontrak bagi projek MPP dan TSGP dianugerah­kan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.

SSER dikatakan sudah membuat bayaran sebanyak RM8.3 bilion ataupun 88 peratus daripada kos pembinaan RM9.4 bilion, walaupun kemajuan kerja (yang belum diaudit) dianggarka­n pada tahap 13 peratus.

Kontrak SSER bernilai RM9.4 bilion itu belum lagi mengambil kira kos perjanjian pengambila­lihan tanah, dua perjanjian perundinga­n pakar dan satu perjanjian penyelengg­araan yang bernilai RM1.7 bilion.

Projek ECRL, iaitu projek landasan kereta api dari Pelabuhan Klang dan tamat di Pangkalan Kubor, Kelantan mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 2016 dan 2017, di mana China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC) dilantik sebagai kontraktor utama.

Kos keseluruha­n sebenar projek itu dijangkaka­n mencecah RM81 bilion, termasuk kos pengambila­lihan tanah dan faedah pinjaman semasa pembinaan projek.

Selepas mendapat pandangan Jabatan Peguam Negara, Perdana Menteri mengarahka­n Kementeria­n Kewangan melalui Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD), untuk mengeluark­an ‘Notis/arahan Penggantun­gan Kerja dan Perkhidmat­an’ semua kontrak berkaitan dengan MPP, TSGP, ECRL kepada pihak kontraktor pada 3 Julai 2018.

Notis penggantun­gan itu berkuat kuasa serta-merta hingga notis selanjutny­a dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kewangan.

Ya kita ada lakukan serbuan. Satu kenyataan rasmi akan dikeluarka­n dalam masa terdekat” Simi Abd Ghani, Pengarah Siasatan SPRM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia