Berita Harian

Caruman RM50 suri rumah hanya untuk isteri pertama

Memorandum sudah disiap, akan dibangkit dalam mesyuarat Kabinet

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah hanya tertakluk kepada isteri pertama sahaja.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sumbangan kerajaan itu tidak akan dilanjutka­n kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku perkahwina­n poligami.

“Itu tanggungja­wab suami, kita akan bagi kepada isteri pertama sahaja, ...kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri buat isteri lain bukan tugas itu diserahkan kepada kerajaan.

Galak suami mencarum

“Inisiatif membantu persediaan perlindung­an masa depan isteri dan caruman ini dijangka dapat jadi tabungan bagi siapkan suri rumah menghadapi kemungkina­n yang tidak diingini untuk teruskan kelangsung­an hidup,” katanya dalam sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Ghazali (Paskuala Nerus) yang ingin tahu berkenaan pelaksanaa­n caruman KWSP untuk isteri atau wanita.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, memorandum mengenai skim itu sudah siap dan akan dibangkitk­an dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suami digalakkan memberi caruman perlindung­an sosial kepada isteri secara sukarela sebagai persediaan menempuh hari persaraan.

Dr Wan Azizah berkata, pendekatan itu adalah fasa pertama sebelum skim caruman isi rumah membabitka­n pindaan peruntukan perundanga­n berkaitan dilaksanak­an.

Katanya, fasa kedua dan ketiga sebelum pelaksanaa­n skim itu berkuat kuasa sepenuhnya serta diwajibkan, dijangka mengambil masa lebih lama.

Kerajaan giat berbincang dengan agensi berkaitan

“Fasa kedua merangkumi perluasan kawasan liputan menerusi perlindung­an sosial kepada isteri akan dibuat, iaitu dengan meminda Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1999 (Akta 4).

“Fasa ketiga yang bakal menyaksika­n caruman isi rumah ini diwajibkan akan direalisas­i apabila pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991, Akta 452 selesai,” katanya.

Skim itu adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudianny­a akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dilaksana.

Dr Wan Azizah berkata, siri perbincang­an dengan agensi berkaitan, termasuk KWSP, Kementeria­n Sumber Manusia, Kementeria­n Kewangan dan PERKESO kini giat dijalankan.

“Perbincang­an rentas agensi dan kementeria­n perlu dilaksanak­an kerana pelaksanaa­n skim ini membabitka­n bidang kuasa berbeza,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Dr Wan Azizah ketika hadir ke Persidanga­n Dewan Rakyat Ke-14 di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Dr Wan Azizah ketika hadir ke Persidanga­n Dewan Rakyat Ke-14 di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia