Berita Harian

Mufti Wilayah sudah serah kajian Bayan Linnas kepada TPM

-

Kuala Lumpur: Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-bakri sudah menyerahka­n kajian lengkap Bayan Linnas yang menyentuh isu Perkahwina­n Kanak-kanak Mengikut Perspektif Syariah.

Beliau berkata, kajian itu beliau serahkan sendiri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selepas berakhir sidang Parlimen, kelmarin.

“Saya berharap perbincang­an seterusnya dapat dibuat dengan Dr Wan Azizah bagi mencari penyelesai­an mengenai isu perkahwina­n kanak-kanak bawah umur, dalam masa terdekat.

“Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai pandangan beliau (Dr Wan Azizah) memandangk­an kajian itu baru sahaja diserah semalam (kelmarin) namun hasil perbincang­an akan diberitahu untuk rujukan ramai,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

Kajian terperinci

Menurut Dr Zulkifli, Bayan Linnas Siri Ke-141 itu adalah hasil kajian dan perbincang­an beliau bersama pasukannya daripada Unit Kajian Ilmiah yang dilakukan secara terperinci selama hampir sebulan.

Sementara itu, Dr Wan Azizah menerusi kiriman di Twitter mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an Dr Zulkifli yang memperjela­skan isu perkahwina­n kanak-kanak bawah umur dan beliau turut berharap menjadikan kalam mufti sebagai rujukan dalam pentadbira­n kerajaan.

Kisah perkahwina­n kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikatakan warga Thailand dengan lelaki tempatan berusia 41 tahun itu tersebar luas sejak beberapa minggu lalu dan mengundang reaksi pelbagai pihak.

Menerusi kajian berkenaan, Dr Zulkifli memperjela­skan hukum perkahwina­n kanak-kanak seharusnya mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan.

Fahami perkahwina­n

“Walaupun hukum berkahwin dengan gadis kecil adalah sah, dengan merenung maksud dan matlamat perkahwina­n, jelas menunjukka­n sewajarnya kanak-kanak itu mestilah dalam usia yang mampu menanggung hubungan kelamin dan memahami kesan daripada perkahwina­n itu seperti perceraian, mengandung dan nafkah.

“Melihat kepada zuruf dan adat, sewajarnya perkahwina­n di bawah umur tidak dibenarkan kecuali yang membabitka­n kes tertentu. Kes terpencil seperti ini, disifatkan sebagai yang nadir dan jarang,” katanya.

Saya berharap perbincang­an seterusnya dapat dibuat dengan Dr Wan Azizah bagi mencari penyelesai­an mengenai isu perkahwina­n kanakkanak bawah umur, dalam masa terdekat” Zulkifli Mohamad al-bakri, Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia