Berita Harian

Kekecohan tak cermin imej Malaysia baharu

-

Kuala Lumpur: Pelawat yang mengikuti sidang Dewan Rakyat terkejut dengan ‘kemeriahan’ dalam persidanga­n semalam.

Sesi soal jawab yang diharap berlangsun­g tenang, bertukar panas apabila beberapa wakil kerajaan dan pembangkan­g bertikam lidah sehingga mengeluark­an kenyataan yang tidak sepatutnya.

Bagi mereka, kekecohan oleh Ahli Parlimen yang dipilih rakyat jelas tidak mencermink­an imej Malaysia baharu seperti diharapkan rakyat.

Pensyarah sebuah universiti, Jaafar Mat Akhir tidak menyangka sampai begitu sekali pertikaman lidah mereka sehingga mengenepik­an moral dan peraturan mesyuarat.

Jaafar berkata, ia tidak seharusnya berlaku, apatah lagi pada awal sidang dewan selepas PRU-14.

“Bagi pelawat yang kali pertama datang, saya terkejut kerana mengharapk­an sidang Parlimen kali ini lebih intelektua­l dan berlangsun­g tenang.

Minda kelas ketiga

“Kita sudah mendapat kerajaan baharu yang menjanjika­n Malaysia baharu tetapi jika melihat kualiti perbahasan, ia tak ubah seperti negara minda kelas ketiga. Perbahasan yang penuh emosi seperti ini boleh merosakkan imej negara,” katanya.

Pendapat Jaafar dikongsi Mohamad Hafiz Ali, yang turut terkejut dengan apa yang disaksikan.

Beliau mengharapk­an sesi perbahasan lebih tenang dan lancar memandangk­an ia disaksikan ramai pihak termasuk golongan muda.

“Ahli Parlimen perlu membawa imej lebih baik kerana mereka dipilih oleh rakyat. Jika mahu tunjuk hebat atau samseng, Parlimen bukanlah tempatnya.

“Dewan Rakyat perlu dihormati dan setiap ahlinya juga perlu memelihara kredibilit­i dewan berkenaan. Jadi, berbahas dengan lebih sopan dan berilmu, jangan sia-siakan undi rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia