Berita Harian

‘Bimbang kerusi melayang’

-

Kuala Lumpur: Bekas Ahli Parlimen Kepong selama 36 tahun, Dr Tan Seng Giaw bimbang Dewan Rakyat yang bertukar ganas kepada insiden baling batu dan kerusi pada masa depan seperti di beberapa negara.

Bekas Ahli Parlimen Kepong dari DAP selama lapan penggal sebelum digugurkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berkata ia tidak mustahil jika Ahli Parlimen melakukan provokasi keterlalua­n dan enggan mematuhi peraturan mesyuarat.

“Sama ada wakil kerajaan atau pembangkan­g, mereka perlu mematuhi peraturan dan menarik balik kenyataan, jika diminta berbuat demikian oleh Speaker.

“Sebagai rakyat Malaysia terkenal dengan sopan santun seperti termaktub dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, perdebatan dalam Dewan Rakyat juga perlu ada batas dan etika. Saya percaya semua Ahli Parlimen matang dan berhujah mengikut fakta, bukan emosi,” katanya.

Patuhi peraturan dewan.

Bekas Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz, berkata dewan tidak menjadi seperti pasar borong jika wakil kerajaan dan pembangkan­g beretika serta mematuhi peraturan dewan.

Katanya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor tidak sepatutnya membangkit kemarahan wakil pembangkan­g menggunaka­n perkataan ‘gangster’ untuk merujuk kepada Pemuda UMNO.

Beliau berkata, dewan sepatutnya digunakan untuk membincang­kan perkara bermanfaat, bukan membangkit­kan isu perkauman dan gelaran keterlalua­n kepada lawan mereka.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ainul Adzellie Hasnul menyifatka­n keputusan mengarahka­n Ramkarpal keluar dewan sebagai tindakan tepat dan membuktika­n beliau tidak menyebelah­i wakil kerajaan.

“Jika dulu hanya wakil pembangkan­g diarahkan keluar, kali ini YB pertama diarahkan keluar adalah wakil kerajaan. Ini proses permulaan baik bagi Parlimen negara kita ke arah demokrasi tulen dan adil,” katanya.

Keputusan mengarahka­n Ramkarpal keluar dewan sebagai tindakan tepat” Ainul Adzellie Hasnul, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sama ada wakil kerajaan atau pembangkan­g, mereka perlu mematuhi peraturan dan menarik balik kenyataan, jika diminta berbuat demikian oleh Speaker” Tan Seng Giaw, Bekas Ahli Parlimen Kepong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia