Berita Harian

Zahid reda nasib menimpa BN jadi pembangkan­g

-

Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali pertama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO Bagan Datuk) berucap di blok kiri dewan sebagai Ketua Pembangkan­g.

Beliau yang juga Presiden UMNO kelihatan tenang dan bersahaja ketika menyampaik­an ucapan menjunjung kasih Titah Yang di-pertuan Agong walaupun kali pertama berucap di blok pembangkan­g.

Dalam ucapannya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjelaska­n beliau reda dengan nasib menimpa Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi pembangkan­g selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tetapi bersikap optimis nasib akan kembali menyebelah­i mereka.

Wujud hubungan baik

Malah beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) yang berjaya menjadi kerajaan selepas PRU-14 dan berharap kedua-dua pihak dapat mewujudkan jalinan hubungan yang baik bagi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat.

“Saya ucapkan tahniah kepada rakan di sini, yang lama dan baharu, begitu juga di sebelah sana, yang lama dan yang baru dapat kita bersama di dewan yang mulia ini.

“Allah SWT sudah mentakdirk­an kami (BN) di sini (blok pembangkan­g) tetapi ingatlah kami akan berpindah ke sana (blok kerajaan).

“Ini satu hakikat dan kita harus tahu ada hikmahnya di sana dan di sini termasuk di sana harus belajar dengan di sini yang saya fikir harus ada jalinan baik di antara di sana dengan di sini,” katanya.

Sementara itu, antara isu disentuh Ahmad Zahid dalam ucapannya adalah kepentinga­n semua pihak memelihara dan menjaga perkara termaktub dalam Perlembaga­an khususnya kedudukan agama Islam, hak keistimewa­an Melayu dan bahasa kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia