Berita Harian

Bekas Perdana Menteri dakwa tiada kos tersembuny­i

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak menegaskan tidak ada kos tersembuny­i dalam projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-singapura (HSR) yang ditangguhk­an kerana ia dipanggil secara bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Singapura menerusi tender terbuka antarabang­sa.

Justeru, bekas Perdana Menteri mempersoal­kan sama ada dakwaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa ada kos tersembuny­i dalam projek HSR berjumlah RM110 bilion bermakna Singapura juga terbabit dalam perkara berkenaan.

Najib membalas dakwaan Mohamed Azmin yang disoal Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong di Parlimen, semalam.

“Projek HSR adalah tender terbuka antarabang­sa yang dipanggil secara bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura. Tender ini ditutup pada 28 Disember 2018 dan pembida yang berjaya akan dinilai dan diputuskan bersama oleh kedua-dua negara.

“Tender itu juga memberi syarat, setiap pembida perlu mengemukak­an pakej pembiayaan dan kewangan. Oleh kerana projek HSR sangat kompetitif, lazimnya pembida akan disokong oleh kerajaan masing-masing.

“Apabila disoal mengenai perkara ini, Mohamed Azmin hanya menjawab bahawa RM110 bilion adalah anggaran mereka (kerajaan hari ini), termasuk kos tersembuny­i tetapi tidak dihuraikan.

“Sekalipun tender belum ditutup, kosnya belum dimuktamad­kan dan pakej pembiayaan masih tidak diketahui.

“Jadi, adakah anda (Mohamed Azmin) mengatakan bahawa Kerajaan Singapura menyembuny­ikan kos tersembuny­i ini?” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Pakej pembiayaan berdaya saing

Najib berkata pakej pembiayaan yang ditawarkan juga berdaya saing di mana kadar faedah sifar atau 0.1 peratus, jauh dari luar biasa.

“Tidak lama dahulu, sebuah syarikat Jepun memenangi projek HSR di India dengan pakej pembiayaan 0.1 peratus faedah bagi tempoh 50 tahun dengan 15 tahun moratorium (atau penundaan pembayaran).

“Projek HSR Malaysia-singapura yang berprofil tinggi ini menarik perhatian pembida dari seluruh dunia. Sebab itu, amat mengecewak­an apabila menerima jawapan dari kerajaan PH bahawa kos HSR dikatakan RM110 bilion, berganda daripada anggaran RM55 bilion dan RM70 bilion yang sudah diunjurkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Singapura,” katanya.

Najib juga berkata, Mohamed Azmin memilih untuk membuat jenaka daripada menjawab soalan ini, dan bukannya mendedahka­n nilai impak ekonomi, manfaat dan jumlah peluang pekerjaan HSR jika ia dibatalkan.

“Ini bukan permulaan baik untuk Parlimen kerana projek sebesar ini memerlukan jawapan yang sempurna kerana ia memberi kesan kepada rakyat, ratusan ribu pekerjaan, hubungan antarabang­sa dan aliran ekonomi masa depan Malaysia.

“Jawapan yang diberikan kerajaan PH mengenai kos projek HSR yang berjumlah RM110 bilion, menunjukka­n kelaziman mereka untuk menggandak­an kos projek yang dimulakan BN seperti Laluan Rel Pantai Timu (ECRL) dan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3 ) serta mendakwa BN menyembuny­ikan kos sebenar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia