Berita Harian

Lelaki hadir ke Dewan Negara saudara Moorthy

-

Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy mengaku lelaki berambut panjang yang hadir ke Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara di Parlimen, kelmarin mempunyai hubungan persaudara­an dengannya.

Waytha Moorthy berkata, lelaki yang dikenali dengan nama Arunachala­nandaji itu adalah warga Singapura dan kini menetap di India serta disifatkan sebagai seorang individu mengabdika­n sebahagian dirinya kepada alam.

“Dia adalah saudara yang saya anggap seperti abang. Saya terkejut dengan pelbagai andaian berhubung perkara ini dan kita tidak boleh prasangka buruk dengan hanya melihat imej seseorang.

“Beliau mendedikas­ikan lebih 30 tahun hidupnya kepada alam dengan tinggal di kawasan pergununga­n. Saya amat menghormat­inya, oleh sebab itu beliau dipelawa hadir ke majlis angkat sumpah dan ingin memberi sokongan atas pelantikan saya sebagai Senator,” katanya selepas Majlis Taklimat Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas mengenai etika kod pemakaian lelaki itu di Parlimen.

Berambut, janggut panjang

Gambar lelaki yang berambut dan berjanggut panjang itu ketika Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara, kelmarin viral di media sosial sehingga menimbulka­n pelbagai andaian dalam kalangan orang ramai.

Sementara itu, Waytha Moorthy berkata, isu jurang perpaduan kaum antara Semenanjun­g Malaysia dengan Sabah dan Sarawak menjadi fokus utamanya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial).

Katanya, melalui semangat ‘Malaysia Baharu’, persepsi itu harus diubah di mana setiap rakyat harus belajar untuk memahami setiap budaya dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan etnik.

“Secara jujurnya masyarakat termasuk saya sendiri hanya mengetahui tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India sedangkan banyak lagi kaum terdapat di negara ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia