Berita Harian

Kementeria­n timbang semak akta tak sesuai

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kewangan sedia mempertimb­angkan cadangan supaya menyemak semula akta-akta yang tidak lagi sesuai atau relevan berkaitan pengagihan peruntukan kewangan yang diberikan kepada kerajaan negeri.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata memang menjadi dasar kerajaan baharu untuk memastikan semua kerajaan negeri mendapat layanan yang adil dan pada masa yang sama meningkatk­an urus tadbir yang lebih cekap, bertanggun­gjawab dan telus.

Setuju pandangan

“Cadangan untuk menimbang peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri tertakluk kepada Perkara 109 (1) (Pemberian kepada Negeri) Perlembaga­an Persekutua­n. Sebarang cadangan perlu dibawa kepada Majlis Kewangan Negara untuk rundingan.

“Saya bersetuju dengan pandangan tentang perlunya kita melihat semula dan dalam aspek ini kerajaan persekutua­n rela menimbang cadangan-cadangan yang disyorkan,” katanya pada sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Ph-jerlun) mengenai cadangan untuk menilai semula hubungan kewangan dengan kerajaan negeri berkaitan perkongsia­n hasil kutipan cukai.

Guan Eng turut memberitah­u persidanga­n dewan bahawa bagi 2017, Kerajaan Persekutua­n sudah menyalurka­n dana sebanyak RM6.9 bilion kepada 13 kerajaan negeri termasuk pemberian penyelengg­araan jalan negeri dan pemberian kekurangan akaun mengurus.

Sementara itu, hutang-hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat hingga April tahun ini berjumlah RM17.64 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia