Berita Harian

Isotretino­in dipercayai diseludup dari negara jiran: Pengedar sah

-

Kuala Lumpur: Ubat terkawal isotretino­in yang dijual secara berleluasa melalui media sosial termasuk laman beli-belah dalam talian di negara ini, dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, khususnya Thailand.

Perkara itu dimaklumka­n pengedar sah tunggal ubat itu di negara ini, Mega Life Sdn Bhd (Mega Life), berdasarka­n penggunaan bahasa Thailand yang tertera pada kotak ubat terbabit.

Wakil Mega Life yang enggan namanya didedahkan, bagaimanap­un percaya produk dijual melalui media sosial itu walaupun menggunaka­n jenama sama, tetap berbeza dengan isotretino­in dibekalkan syarikatny­a berikutan beberapa perbezaan dikesan khususnya pada logo syarikat yang tertera, selain nama ubat dan cara pembungkus­an.

“Isotretini­on yang kami bekalkan dikeluarka­n dari kilang di Thailand dan kami adalah pengedar diperakui sejak 2012, dengan produk dibekalkan kepada pusat perubatan kerajaan dan swasta.

“Sebanyak 80 hingga 90 peratus ubat kami dibekalkan kepada hospital kerajaan kerana kosnya rendah tetapi efektif, berbanding jenis sama yang dibeli dari Eropah,” katanya.

Cetus kebimbanga­n

BH mendedahka­n penjualan ubat terkawal isotretino­in secara berleluasa di media sosial mencetus kebimbanga­n berikutan penggunaan­nya tanpa kawalan untuk rawatan jerawat serius, mampu mengundang pelbagai risiko kesan sampingan termasuk komplikasi kesihatan.

Berdasarka­n pemantauan terhadap puluhan iklan penjualan produk itu melalui media sosial, hanya kesan positif penggunaan Isotretino­in dalam rawatan jerawat dinyatakan, namun tiada sebarang makluman mengenai risiko kesan sampingan.

Wakil Mega Life berkata, pihaknya sentiasa memantau kegiatan pihak atau individu tidak berlesen yang menjadi ejen atau pengedar haram Isotretino­in khususnya melalui Facebook dan jika dikesan, laporan akan dibuat kepada laman sosial itu.

BH difahamkan pihak syarikat juga sudah membuat laporan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Kebangsaan sejak Jun tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Sementara itu, Mohammad Zafri Marwan, 16, mengakui sudah kirakira setahun menggunaka­n produk Isotretino­in untuk rawatan masalah jerawat dan sepanjang tempoh itu terpaksa melalui prosedur pemantauan yang cukup ketat.

“Doktor ambil sampel darah setiap tiga bulan bagi memantau tahap kesihatan sepanjang pengambila­n isotretino­in, malah saya dapat rasakan kesan sampingan apabila bibir dan muka menjadi kering serta tahap kolesterol juga sedikit tinggi.

Risiko kesan buruk

“Bayangkan jika pengguna mengambil ubat tanpa pemantauan dan preskripsi doktor atau pakar dermatolog­i, mungkin akan terima kesan lebih teruk sehingga membahayak­an kesihatan diri,” katanya.

Mohammad Zafri menasihatk­an orang ramai supaya tidak mengambil mudah isu penggunaan ubat-ubatan khususnya yang dibeli secara dalam talian tanpa preskripsi dan nasihat doktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia