Berita Harian

Partikel pembunuh di udara

-

Pencemaran udara ialah pembunuh senyap. Untuk berdekad-dekad lamanya, kehadiran partikel halus di udara membawa kepada kewujudan penyakit baharu dan menjadikan penyakit yang sedia ada semakin teruk.

Justeru, usaha agresif untuk mengurangk­an pelepasan partikel yang mencemarka­n udara seperti menggunaka­n bahan api fosil yang lebih bersih akan sedikit sebanyak menyumbang ke arah mewujudkan kesihatan yang lebih baik.

Seperti yang diketahui ramai, kita memerlukan udara untuk terus hidup. Bagaimanap­un, tidak ramai yang sedar bahawa menyedut udara yang tercemar boleh membawa padah sehingga menjadi punca kematian untuk lebih 6.5 juta insan pada 2012. Jumlah ini bersamaan 11.6 peratus daripada jumlah kematian di seluruh dunia pada tahun yang sama.

Walaupun angka kematian ini jauh melebihi angka kematian daripada peperangan di serata dunia, kita jarang memberi perhatian kepada pencemaran udara. Ini mungkin disebabkan kekurangan kesedaran tentang kesannya kepada kesihatan dan ekonomi kita. Jarang sekali kita memikirkan mengenai kepentinga­n udara bersih untuk paru-paru, sehinggala­h sudah terlewat.

Secara takrifnya, pencemaran udara merujuk kepada kehadiran bendasing di udara pada kadar yang cukup tinggi sehingga ia membahayak­an manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contoh bendasing ini termasuk gas ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida. Bagaimanap­un, yang paling membimbang­kan ialah partikel halus (particulat­e matter) atau PM2.5, yang merujuk kepada partikel yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah.

PM2.5 boleh terhasil secara semula jadi (seperti debu letusan gunung berapi) tetapi kebanyakan­nya dihasilkan oleh manusia. Antara puncanya termasuk asap kenderaan, penjanaan kuasa elektrik dan pembakaran untuk pertanian. Proses-proses inilah yang menghasilk­an partikel PM2.5 yang mencemarka­n udara.

PM2.5 biasanya berlegar lebih lama di udara berbanding partikel yang lebih berat, sekali gus meningkatk­an risiko disedut masuk ke dalam paru-paru. Saiznya yang kecil membolehka­n partikel halus ini mengelak sistem pertahanan dalam saluran pernafasan, dan menembus jauh ke dalam sehingga menyebabka­n kerengsaan pada saluran pernafasan di dalam paruparu.

Penduduk terdedah pencemaran udara

Pesakit akan mula menunjukka­n tanda-tanda seperti kesukaran bernafas, batuk dan/atau semput. Risikonya lebih tinggi bagi individu yang menghidap penyakit paruparu seperti asma.

Malangnya, kesan PM2.5 tidak terhad pada paru-paru saja. Kajian yang diterbitka­n dalam Journal of the American Medical Associatio­n

menunjukka­n bahawa pendedahan jangka masa panjang kepada PM2.5 akan menyebabka­n saluran darah membengkak dan mengeras. Kedua-dua keadaan ini ialah faktor yang boleh membawa kepada serangan jantung dan serangan angin ahmar.

Saintis menganggar­kan bahawa setiap peningkata­n PM2.5 sebanyak 10 g/m3 meningkatk­an risiko maut sebanyak empat peratus, risiko sakit jantung dan paru-paru sebanyak enam peratus dan risiko kematian kanser paru-paru sebanyak lapan peratus.

Walaupun hampir semua orang terdedah kepada pencemaran udara, risiko terhadap kesihatan lebih tinggi bagi sesetengah individu. Misalnya, wanita hamil yang terdedah kepada PM2.5 mempunyai kemungkina­n yang lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mempunyai kecacatan fizikal.

Kanak-kanak juga menghadapi risiko yang lebih tinggi disebabkan frekuensi pernafasan yang lebih kerap. Mereka juga lebih mudah terkesan dengan pencemaran kerana paru-paru mereka masih dalam proses pembesaran. Pendedahan berlebihan akan mengehadka­n tumbesaran dan fungsi paruparu.

Selain orang muda, orang yang berumur juga menghadapi risiko yang lebih tinggi daripada pencemaran udara. Kajian yang merangkumi 60 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) berumur 65 tahun ke atas menunjukka­n bahawa pendedahan berterusan kepada PM2.5 boleh meningkatk­an risiko kematian.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Harvard ini juga menunjukka­n bahawa sekitar 12,000 nyawa boleh diselamatk­an setiap tahun bagi setiap penurunan PM2.5 sebanyak 1ug/m3.

Perlu dasar sesuai

Di Malaysia purata tahunan PM2.5 ialah sekitar 15 µg/m3. Ini 50 peratus lebih tinggi daripada paras selamat yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bacaan lebih teruk boleh dilihat di bandar besar - misalnya bacaan udara PM2.5 tahunan bagi Petaling Jaya ialah 25 µg/m3.

Sebagai individu, kita perlu mengambil langkah untuk membantu mengurangk­an pencemaran udara. Contohnya, kita boleh menggunaka­n kenderaan awam yang sekali gus akan dapat membantu melegakan kesan pencemaran, terutama ketika kesesakan lalu lintas.

Pilihan lain termasuk menggunaka­n kenderaan yang kurang membebaska­n PM2.5 dan mengelakka­n diri daripada terus terdedah secara langsung terhadap partikel ini, ketika kesesakan lalu lintas berada pada kadar maksimum. Tabiat seperti menutup tingkap kereta dan melaraskan aliran udara pendingin hawa juga sedikit sebanyak membantu penguranga­n pendedahan.

Tindakan yang lebih berkesan boleh diambil dengan dasar yang sesuai seperti usaha menghentik­an penggunaan arang batu.

Satu laporan pada 2010 dari AS menunjukka­n bahawa pencemaran partikel daripada penjanaan kuasa daripada arang batu, meningkatk­an lagi kes pesakit yang perlu masuk hospital dan menjadi punca serangan jantung untuk 20,000 individu. Menggantik­an arang dengan bahan api fosil yang lebih bersih seperti gas atau dengan bahan api alternatif seperti tenaga solar akan memberi manfaat kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara.

Teroka tenaga alternatif

Laporan ini juga menyoroti kos tinggi penyakit yang disebabkan stesen penjana arang batu. Kos ini melebihi AS$100 bilion setahun dan membawa kesan yang lebih teruk kepada warga tua, kanakkanak dan penghidap penyakit kronik.

Satu lagi punca PM2.5 ialah kenderaan diesel, terutama kereta lama. Penggunaan kereta elektrik/hibrid atau mana-mana enjin yang menggunaka­n gas asli atau biogas, boleh mengurangk­an kadar pembebasan partikel halus ke udara.

Dengan menggubal dasar seperti pelepasan cukai yang akan menyenangk­an pemilikan kenderaan ini, kesan yang besar akan dicapai.

Meningkatk­an penggunaan gas dalam sektor tenaga akan meningkatk­an kebolehan kita mendapatka­n tenaga daripada sumber bahan api yang lebih bersih. Sekali dengan tenaga boleh diperbahar­ui, penguranga­n partikel halus dan bahan lain seperti sulfur dioksida akan memberi kesan langsung yang baik serta manfaat jangka panjang kepada alam sekitar dan kesihatan.

Udara bersih membolehka­n kita melakukan kegiatan luar tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malangnya, kajian menunjukka­n bahawa peningkata­n PM2.5 ialah salah satu punca utama kemerosota­n kesihatan. Pendedahan berterusan pada tahap yang terlalu tinggi akan menyebabka­n kematian yang sepatutnya dielakkan dan kehidupan yang teruk.

Sudah terbukti bahawa usaha kecil untuk mengurangk­an pembebasan partikel halus mampu memberikan kesan besar kepada kesihatan dan ekonomi. Justeru, menjadi tanggungja­wab kita untuk berusaha mengurangk­an PM2.5 demi kesihatan dan kesejahter­aan rakyat dan generasi akan datang.

Usaha kecil untuk mengurangk­an pembebasan partikel halus mampu memberikan kesan besar kepada kesihatan dan ekonomi. Justeru, menjadi tanggungja­wab kita untuk berusaha mengurangk­an PM2.5 demi kesihatan dan kesejahter­aan rakyat dan generasi akan datang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia