Berita Harian

Rakyat mahu perubahan lebih baik

-

Hari pertama Persidanga­n Penggal Pertama Parlimen Ke-14 Isnin lalu bermula dengan kekecohan selepas dicemari dengan insiden keluar dewan oleh pembangkan­g yang membantah pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak dapat melantik Yang Dipertua dalam kalangan Ahli Parlimen seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu.

Beliau yang juga Pengerusi PH turut menegaskan bahawa manifesto parti itu bukanlah ‘kitab suci’ yang perlu dipatuhi, sebaliknya sekadar panduan dalam melaksanak­an sesuatu perkara.

Sebenarnya bukan hanya membabitka­n soal pelantikan Speaker Dewan Rakyat kerana selepas lebih dua bulan mengambil alih pemerintah­an, PH terus dikritik apabila masih tidak dapat menunaikan semua perkara yang dijanjikan mereka untuk dilaksanak­an dalam masa 100 hari menjadi kerajaan.

Dalam manifesto ‘Buku Harapan’ yang dilancarka­n sebelum PRU-14 lalu, antara janji PH ialah 10 perkara utama bertujuan meringanka­n beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbira­n.

Malah, jika diteliti manifesto yang dijanjikan kepada rakyat ketika itu lebih kepada bertujuan meringanka­n beban hidup rakyat dengan mengambil kira masalah seperti Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), kenaikan harga barang, harga rumah hingga kepada kos kesihatan.

Tidak hairanlah jika 10 janji pertama mereka dilihat lebih populis bertujuan memenangi hati rakyat, tetapi dalam masa yang sama mampu memberi kemenangan kepada parti itu untuk meraih undi.

Pun begitu, sehingga hari ini pelbagai pihak, terutama di pihak pembangkan­g menuntut janji daripada manifesto kerajaan, biarpun masih ada kurang sebulan menjelang 16 Ogos atau genap 100 hari pemerintah­an PH.

Tiada data terkini

Dalam merangka atau menulis manifesto berkenaan, Timbalan Ketua Strategi dan Polisi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Saiful Wan Jan, berkata antara masalah yang dihadapi pakatan itu adalah untuk mendapatka­n data terkini mengenai status kewangan negara menyebabka­n setiap program yang dirangka tanpa mengambil kira kos sebenar yang perlu atau akan ditanggung mereka.

“Ini antara risiko yang terpaksa diambil memandangk­an kita tidak mempunyai akses kepada data yang dikehendak­i. Tetapi, walaupun tidak mempunyai data yang cukup, semua janji mengenai kebajikan berkenaan tetap kita masukkan,” katanya dalam seminar ‘Buku Harapan: Satu Dokumentas­i Penyediaan Sebuah Manifesto’ anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Universiti Malaya (UM), semalam.

Katanya, kekurangan data berkenaan membabitka­n Teras 1 iaitu perkara berkaitan isu ekonomi dan kewangan negara yang antara lain mengenai janji yang bersifat bantuan kewangan dan subsidi.

Beliau turut mencadangk­an supaya akses untuk mendapatka­n data penting dalam menyediaka­n manifesto diberikan kepada parti pembangkan­g pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha mewujudkan demokrasi matang di negara ini.

Jika diteliti, ada wajarnya cadangan itu kerana cara berkenaan bukan saja melambangk­an wujudnya demokrasi matang di negara ini, tetapi memastikan persaingan sihat antara kerajaan memerintah dan pembangkan­g.

Malah, perkara ini turut diamalkan di United Kingdom apabila mereka memiliki peraturan yang dinamakan sebagai Douglas Home Rules yang menggarisk­an etika penting. Antaranya membolehka­n pemimpin pembangkan­g mendapatka­n maklumat daripada pegawai kanan kerajaan sebaik saja menjelang pilihan raya umum.

Tanpa data yang tepat, pastinya sukar untuk mendapatka­n maklumat dalam menggubal manifesto apa lagi untuk memastikan semua yang dijanjikan itu mampu dilaksanak­an dengan sepenuhnya, sebaik saja pihak yang menang dalam pilihan raya membentuk kerajaan.

Kerajaan perlu lebih praktikal

Benar seperti yang dinyatakan Dr Mahathir bahawa tidak semua perkara yang dijanjikan dalam manifesto dapat dilaksanak­an kerana ada masa kerajaan perlu bersikap lebih praktikal dalam melaksanak­an sesuatu perkara, terutama apabila membabitka­n kepentinga­n rakyat dan negara.

Jika dikaji secara keseluruha­n pun, tidak semua rakyat menerima kerajaan sekarang disebabkan manifesto yang dijanjikan ketika pilihan raya lalu, sebaliknya mereka mahukan perubahan untuk memiliki kerajaan yang lebih baik.

Imbas semula ketika PRU-14 lalu, majoriti rakyat yang memilih kerajaan sekarang disebabkan sokongan mereka terhadap pelbagai faktor yang tidak kepada janji manifesto semata-mata.

Bukan semua janji atau butiran yang dinyatakan benar-benar dihayati oleh rakyat daripada pelbagai lapisan dan latar belakang pendidikan kerana paling penting buat mereka ialah kerajaan yang mampu mentadbir dengan lebih baik dan adil, selain impian untuk melihat realiti terhadap penubuhan ‘Malaysia Baharu’.

Ini antara risiko yang terpaksa diambil memandangk­an kita tidak mempunyai akses kepada data yang dikehendak­i. Tetapi, walaupun tidak mempunyai data yang cukup, semua janji mengenai kebajikan berkenaan tetap kita masukkan” Wan Saiful Wan Jan, Timbalan Ketua Strategi dan Polisi Parti Pribumi Bersatu Malaysia

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Ahli Parlimen pembangkan­g bertindak meninggalk­an Dewan Rakyat Angkat Sumpah dan Persidanga­n Parlimen Ke-14, kelmarin. kerana memprotes pelantikan Speaker Dewan Rakyat pada Majlis
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Ahli Parlimen pembangkan­g bertindak meninggalk­an Dewan Rakyat Angkat Sumpah dan Persidanga­n Parlimen Ke-14, kelmarin. kerana memprotes pelantikan Speaker Dewan Rakyat pada Majlis
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia