Berita Harian

Bukan kerana desakan

SPRM sahkan tiada kaitan dengan siasatan SRC Internatio­nal, 1MDB

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaska­n pelepasan pembekuan akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disebabkan ia tiada kaitan dengan siasatan SRC Internatio­nal dan 1MDB (dana RM2.6 bilion).

Dalam kenyataan dikeluarka­n semalam, SPRM memaklumka­n tindakan melepaskan pembekuan akaun itu bukan dilakukan atas desakan manamana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu sudah selesai dilaksanak­an.

“Kami mendapati terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan oleh segelintir pihak menerusi media,” katanya.

Ada akaun sudah ditutup

Berhubung dakwaan SPRM mengadakan publisiti besarbesar­an mengenai pembekuan akaun Najib dan menyepi apabila pembekuan akaun ditarik balik, SPRM ingin menegaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul kerana suruhanjay­a itu tidak pernah mengeluark­an apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun, malah SPRM juga hanya mengesahka­n pelepasan akaun berkenaan apabila persoalan itu ditimbulka­n oleh media.

Dalam pada itu, katanya, terdapat juga -akaun bank lain Najib yang juga terbabit dengan SRC Internatio­nal dan 1MDB (RM2.6 bilion) tidak dibekukan kerana akaun berkenaan sudah ditutup sebelum siasatan SRC Internatio­nal dan 1MDB (RM2.6 bilion) bermula pada Julai 2015.

“Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib berkaitan isu SRC Internatio­nal dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan sudah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan,” katanya.

Katanya, SPRM ingin menegaskan siasatan dana RM2.6 bilion masih diteruskan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia