Berita Harian

Peguam Negara arah siasat lanjut

-

Kuala Lumpur: Pejabat Peguam Negara sudah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang juga peguam kes berkenaan.

“Saya boleh sahkan Pejabat Peguam Negara sudah menghantar surat kepada KPN (Ketua Polis Negara) bertarikh 17 Julai 2018 bagi meminta siasatan susulan kes kematian Teoh Beng Hock, dijalankan.

“Satu salinan surat itu turut diserahkan kepada firma saya (Tetuan Karpal Singh),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan itu dirasakan perlu berikutan Mahkamah Rayuan mendapati ada individu yang tidak dikenali terbabit dalam kejadian berkenaan termasuk pembabitan pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya melalui firma Tetuan Karpal Singh, sebelum ini sudah menulis surat kepada Peguam Negara supaya bagi menentukan sama ada kes kematian Beng Hock boleh disiasat secara lanjut,” katanya.

Perkembang­an positif

Beliau berkata, pihaknya berpendapa­t ia adalah satu perkembang­an positif dan seterusnya dapat mendedahka­n mereka yang bertanggun­gjawab menyebabka­n kematian Beng Hock.

“Saya akan meminta pihak berkuasa mengemaski­ni perkara ini secara berterusan kerana keadilan akan wujud dalam kes ini,” katanya.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di pejabat SPRM di Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, sehari selepas ditahan oleh SPRM, berkenaan penyalahgu­naan wang wakil rakyat di Selangor.

Keluarga Teoh kemudian memohon untuk membuka semula siasatan kes berkenaan pada tahun 2011 namun mahkamah menolak permintaan keluarga mereka.

Permohonan sama juga turut dibuat oleh keluarga Beng Hock pada 2014 di Mahkamah Rayuan tetapi ditolak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia