Berita Harian

Budak perlu RM80,000 biayai pembedahan jantung

-

Kuala Lumpur: Seorang kanakkanak lelaki berusia tujuh tahun memerlukan sumbangan kewangan sebanyak RM80,000 bagi menampung kos pembedahan saluran jantung tersumbat yang tertangguh setahun lalu.

Kanak-kanak berkenaan, Tan Chin Sen dikesan ada masalah itu ketika menjalani rawatan berkala di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur tahun lalu.

Bagaimanap­un, menurut bapanya, Tan Yong Aik, 51, dia terpaksa melupakan hasrat itu dan tidak datang berjumpa doktor kerana kesempitan wang.

“Saya tidak mampu menampung kos pembedahan dan rawatan berkenaan meskipun doktor memberitah­u proses itu perlu dilakukan segera (kerana) bimbang anak bongsu saya berdepan masalah lain.

“Wang simpanan saya habis dibelanjak­an untuk rawatan diri sendiri selain rawatan anak yang perlu berjumpa doktor setiap enam bulan,” katanya.

Bapa kepada enam orang anak itu berkata, dia tidak mampu bekerja selepas disahkan mempunyai masalah jantung dan sudah dua kali menjalani pembedahan.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pemandu lori tetapi kini saya hanya membantu isteri, Loi Kang Ngee, 45, mengambil upah membuat kuih bagi menyara hidup kami sekeluarga.

“Dengan pendapatan kira-kira RM700 sebulan kami tidak mampu membayar kos pembedahan yang dianggarka­n RM80,000,” katanya yang ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, anaknya itu pernah menjalani pembedahan ketika berusia tiga bulan kerana masalah sama selain turut menghidap masalah jantung berlubang.

“Kali ini doktor memberitah­u anak saya perlu menjalani pembedahan menukar salur jantung yang tersumbat bagi mengelakka­n masalah kesihatan.

“Kami berharap sumbangan ini dan merayu orang ramai untuk menghulurk­an bantuan sekali gus membolehka­n anak saya menjalani pembedahan ini segera,” katanya sambil menambah sekiranya jantung anaknya tidak dapat berfungsi dengan baik, kanak-kanak itu akan berdepan masalah sukar bernafas selain tidak boleh aktif seperti rakan sebayanya.

Orang ramai yang ingin membantu Tan Chin Sen boleh menghulurk­an sumbangan ke MEDIA PRIMA-NSTP HUMANITARI­AN FUND menerusi akaun Maybank, 5141053231­70.

Cek boleh dihantar ke Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atas nama pesakit berkenaan.

 ?? [FOTO AMIRUDIN SAHIBABDUL­LAH YUSOF/BH] ?? Chin Sen bersama ibu bapanya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
[FOTO AMIRUDIN SAHIBABDUL­LAH YUSOF/BH] Chin Sen bersama ibu bapanya di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia