Berita Harian

Dua rang undang-undang perlu dibentang, dilulus segera

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu membentang dan meluluskan dua rang undangunda­ng berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Parlimen bagi membolehka­n sistem percukaian itu diperkenal­kan semula 1 September depan.

Ia perlu dilaksanak­an kerana SST mengandung­i dua elemen cukai yang menyebabka­n pengguna terpaksa membayar dua cukai dalam satu masa.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata dua elemen cukai dalam SST adalah cukai jualan yang dikenakan kepada pengilang dan pengimport pada kadar 10 peratus serta cukai perkhidmat­an enam peratus yang dikenakan di peringkat peruncitan.

Bayar dua elemen cukai

Katanya, beliau difahamkan bagi membolehka­n SST dikuatkuas­akan dua akta perlu diluluskan kerana cukai dikenakan kepada dua pihak yang berbeza iaitu pengilang/pengimport (cukai jualan) dan pengguna di peringkat peruncitan (cukai perkhidmat­an).

“Dalam SST, cukai jualan ini mewujudkan elemen yang mana semua peringkat dalam rantai jualan mendapat margin untuk setiap kos barang yang dikeluarka­n. Kemudianny­a apabila sampai peringkat peruncitan ia ditambah lagi dengan cukai perkhidmat­an enam peratus.

“Dengan dua elemen cukai ini, pengguna membayar dua kali ganda cukai dan seterusnya wujud kenaikan harga barang,” katanya dihubungi NSTP bagi menjelaska­n perbezaan SST dan GST.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan mahu kembali kepada SST, sistem percukaian sebelum GST mulai 1 September dengan memansuhka­n GST.

Beliau dilaporkan berkata cukai jualan pada kadar antara lima peratus dan 10 peratus digunakan untuk produk dikilangka­n dan produk tertentu yang diimport dan bukan semua produk, berbanding GST.

Gagal atasi ketirisan

Mengulas lanjut, Abd Aziz menjelaska­n GST diperkenal­kan kerana SST yang dilaksanak­an sebelum ini gagal mengatasi masalah ketirisan bayaran cukai oleh pengilang dan pengimport.

Katanya, melalui GST, hanya satu cukai dikenakan untuk semua peringkat pengeluara­n barang yang secara langsung menyekat pengilang dan pengimport lari daripada membayar cukai.

“Bagi pelaksanaa­n SST, walaupun hanya pengilang dan pengimport saja dikenakan cukai, mereka sebaliknya memindahka­n cukai jualan itu kepada pengguna melalui kos jualan dalam semua peringkat atas pengeluara­n barang,” katanya.

Mengenai perbezaan pendapatan diperolehi daripada SST dan GST, katanya dalam era GST semua pihak membayar cukai pada kadar satu elemen cukai saja iaitu enam peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia