Berita Harian

Harga kenderaan dijangka meningkat

-

Kuala Lumpur: Harga kebanyakan model kenderaan di negara ini dijangka meningkat dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Presidenny­a, Datuk Aishah Ahmad, berkata pengenalan semula SST pada 10 peratus, sudah pasti memberi impak kepada harga jika dibandingk­an dengan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang sebelum ini dikenakan pada kadar 6 peratus.

Harga lebih rendah

Beliau berkata, ketika GST mula diperkenal­kan, harga kereta adalah lebih rendah berbanding sebelumnya.

“Berdasarka­n simulasi yang dibuat ahli MAA, (dengan SST) akan terdapat kenaikan harga, tetapi berbeza mengikut model kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada harga kereta akan meningkat dengan pengenalan semula SST pada kadar 10 peratus di Petaling Jaya, semalam.

Aishah berkata, MAA masih menunggu butiran teknikal lanjut mengenai SST sama ada rejim cukai yang bakal diperkenal­kan semula itu sama seperti dilaksanak­an sebelum ini atau terdapat perubahan.

Beliau berkata, pihaknya sudah bertemu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan memaklumka­n kebimbanga­n MAA bahawa kebanyakan model kenderaan akan mencatatka­n peningkata­n harga dengan pelaksanaa­n semula SST.

Ahli ekonomi juga mengunjurk­an harga kereta akan menjadi dua, tiga peratus lebih tinggi dengan pelaksanaa­n semula SST pada kadar 10 peratus berbanding GST.

SST ganti GST

Pada Isnin lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumka­n SST yang akan diperkenal­kan semula pada 1 September ini ditetapkan pada kadar 10 peratus bagi jualan dan enam peratus untuk perkhidmat­an.

Beliau berkata, Rang Undangunda­ng (RUU) SST dijangka dibentangk­an di Parlimen Ogos ini bagi menggantik­an GST, yang mana pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia