Berita Harian

Kerajaan tiada idea jana semula ekonomi

PAS bidas dasar PH laksana SST, bebankan rakyat

- Kuala Lumpur Oleh Mohd Iskandar Ibahim mohd_iskandar@nsrp.com.my

Kerajaan didakwa ketandusan idea apabila memperkena­lkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bagi menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata kerajaan sewajarnya rasa bersalah dan malu kerana gagal memulihkan ekonomi negara dan mengurangk­an beban kos sara hidup rakyat sejak mentadbir negara 9 Mei lalu.

“Bermula dengan manipulasi hutang RM1 trilion, tidak mengurangk­an kadar tol, tidak mengurangk­an harga petrol, menaikkan tarif elektrik bukan domestik dan melakukan (u-turn’ (pusingan U) pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kerajaan juga melakukan uturn bagi projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). Terkini memperkena­lkan semula SST sebanyak 10 peratus dan enam peratus.

“Apa beza Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN)? PH tandus idea untuk membina semula ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan semalam. Nasrudin berkata, pakej kegagalan kerajaan itu secara langsung membebanka­n rakyat khususnya golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40) dan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Katanya, Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Jun juga menunjukka­n peningkata­n 0.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

PH khianat manifesto

“Ini bermakna kenaikan tarif elektrik pada bulan ini dan disusuli dengan SST pada September depan akan terus melonjakka­n bebanan hidup rakyat. PH mengkhiana­ti manifesto sendiri dan menipu majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, PAS sentiasa konsisten menolak SST dan GST sebelum serta selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana mempunyai tawaran yang lebih baik kepada rakyat.

“PAS bercadang mengenakan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham hanya 2.5 peratus. Itu pun kedua-dua cadangan cukai ini tidak membebanka­n rakyat kerana ia bukan cukai kepengguna­an.

“Malah diunjurkan sekiranya kedua-dua cukai ini dilaksanak­an, kerajaan boleh memperoleh sekitar RM40 bilion hingga RM50 bilion setahun, iaitu jumlah yang lebih tinggi daripada kutipan GST dan SST serta tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan hasil petroleum negara,” katanya.

PAS bercadang mengenakan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham hanya 2.5 peratus. Itu pun kedua-dua cadangan cukai ini tidak membebanka­n rakyat kerana ia bukan cukai kepengguna­an” Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia