Berita Harian

MIMCOIN tersinggun­g kenyataan Saifuddin

-

Petaling Jaya: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India Muslim Malaysia (MIMCOIN) menyifatka­n kenyataan wakil kerajaan mengenai 30 peratus restoran mamak di seluruh negara tidak mengurangk­an harga makanan sebagai tidak adil.

Presidenny­a, Datuk Syed Jamarulkha­n S Kadir, berkata kenyataan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak menggambar­kan situasi sebenar.

Beliau berkata, kenyataan itu memberikan imej negatif terhadap restoran mamak seolah-olah pihak pengurusan tidak jujur dalam menjalanka­n perniagaan.

Katanya, peratusan seharusnya dikeluarka­n mengikut operator, bukannya berbentuk rasis.

“Kalau mengikut kaum, kami anggap kenyataan itu bersifat perkauman,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

MIMCOIN memiliki lebih 2,000 ahli diseluruh negara dan dinaungi 62 jenis perniagaan termasuk restoran mamak.

Sidang akhbar berkenaan diadakan berikutan MIMCOIN tersinggun­g dengan kenyataan Saifuddin Nasution, minggu lalu mengenai 30 peratus restoran mamak di seluruh negara tidak mengurangk­an harga makanan walaupun pelaksanaa­n sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sejak 1 Jun lalu.

Peratus itu diperoleh menerusi tinjauan perbanding­an harga makanan dilakukan kementeria­n berkenaan pada Mei dan Jun lalu.

Kerajaan perlu beri gambaran jelas

Syed Jamarulkha­n, berkata MIMCOIN menyokong kepemimpin­an kerajaan baharu, termasuk usaha memastikan restoran tidak mengenakan caj keterlalua­n terhadap pelanggan, namun katanya kerajaan perlu memberi gambaran lebih jelas dan tidak mengeliruk­an orang ramai.

“Kami sedia menerima teguran dan komen, tetapi biarlah berasas dan bukan tuduhan melulu,” katanya.

Mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan dilaksana September ini, beliau berharap kerajaan tidak mengenakan SST kepada pengusaha restoran kecil dan sederhana supaya mereka dapat mengekalka­n harga seperti dalam tempoh GST sifar, sekali gus memberi manfaat kepada pengguna.

“Harga makanan dan minuman hanya boleh turun jika perkara asas seperti tarif elektrik Tenaga Nasional berhad (TNB), sewa kedai dan pengangkut­an turun.

“Pengguna kena faham mengenai kos pengeluara­n. Dulu kita ada subsidi gula dan tepung dan ia mainkan peranan dalam penurunan harga. Tetapi sekarang tidak lagi, kami terpaksa menyerap kos berkenaan.

“Sekiranya kerajaan mengembali­kan subsidi gula dan tepung, kami yakin memang harga makanan akan turun di semua pengusaha restoran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia