Berita Harian

Rangka strategi tampung jurang hasil

-

Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melaksanak­an strategi bagi mengurangk­an jurang hasil kutipan cukai berikutan pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m, berkata antara langkah akan diambil ialah mencari tambahan RM3 bilion daripada kehilangan hasil import eksport, selain melakukan audit terhadap syarikat berdaftar dengan GST sebelum ini.

Katanya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah meminta beliau merangka strategi dalam masa setahun bagi menampung kehilangan hasil berikutan pelaksanaa­n semula SST itu.

“Yang saya janjikan kepada beliau ialah kita akan mengurangk­an jurang. Bagi import eksport sahaja, kita perlu mencari tambahan RM3 bilion daripada kehilangan hasil tetapi jumlah sebenar (jurang), saya tidak boleh beritahu.

Syarikat tak ikrar GST

“Dari segi pematuhan GST, memang ada banyak syarikat yang tidak ikrar dengan sebenar. Justeru, kita akan membuat audit penutupan dan mendapatka­n angkanya,” katanya.

Subromania­m berkata demikian ketika menjadi panel pada program Bicara Sarapan Pagi Integriti bertajuk ‘Membantera­s Ketirisan Hasil Negara’ anjuran Institut Integriti Malaysia, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil, dan Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia, Datuk Akhbar Satar.

Media sebelum ini melaporkan Guan Eng sebagai berkata, kerajaan mencadangk­an kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmat­an bawah SST yang akan diperkenal­kan semula pada 1 September depan.

Guan Eng berkata, sistem percukaian SST tidak mungkin membebanka­n rakyat kerana jumlah kutipannya hanya dianggarka­n RM21 bilion setahun berbanding anggaran kutipan GST bernilai RM44 bilion berdasarka­n sasaran kerajaan terdahulu.

“Oleh itu, jika dibandingk­an dengan hasil kutipan GST, kerajaan akan dapat memulangka­n semula RM23 bilion kepada rakyat,” kata Guan Eng.

Keputusan dasar JKDM

Justeru, Subromania­m berkata, beliau akan mengeluark­an keputusan dasar mengenai cara JKDM memantap serta menambah hasil negara dalam masa terdekat, dan meminta semua pegawainya bersedia berdepan tugas besar yang menanti.

Dalam pada itu, beliau mengaku JKDM berdepan masalah ketirisan akibat beberapa faktor, antara lain sikap segelintir pegawai yang tidak berintegri­ti ketika menjalanka­n tugas, sistem prosedur, profesiona­lisme ejen, penyeludup­an terus dan pengelak cukai.

Bagi membendung masalah itu, katanya, JKDM giat melaksanak­an pelbagai langkah, termasuk menggantun­g lesen ejen, mengenakan penalti, melakukan pertukaran pegawai, penstruktu­ran semula dan syarat lebih ketat pemilihan pegawai.

Sementara itu, ketika ditanya media mengenai isu pengisytih­aran barang kemas dikaitkan dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan kini dalam rampasan polis pula, Subromania­m berkata, perkara itu masih disiasat, tetapi enggan mengulas lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia