Berita Harian

21 aplikasi jahat curi data telefon bimbit

Semak alamat URL diterima sebelum ambil tindakan melayari

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Cybersecur­ity Malaysia (CSM) mengesan 21 aplikasi virus jahat atau malicious app dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, yang berisiko menjejaska­n keselamata­n khususnya membabitka­n data pengguna telefon bimbit.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, berkata aduan mengenai aplikasi virus jahat itu diterima melalui perkhidmat­an Cyber999, dengan enam daripadany­a dikesan dalam tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini.

“Virus jahat yang dikesan itu dikenal pasti berkeboleh­an untuk mendapatka­n maklumat pengguna yang kemudian boleh digunakan semula bagi pelbagai tujuan.

Guna rangkaian Wifi awam

“Ia (kecurian maklumat pengguna) berlaku apabila orang ramai menggunaka­n rangkaian Wifi awam, mengklik sesuatu pautan diterima melalui mesej atau menuruti arahan untuk memuat turun sesuatu fail atau aplikasi yang diragui,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas laporan BH berhubung taktik sindiket dikatakan berpangkal­an di luar negara, yang diyakini mengaut keuntungan besar melalui aktiviti penipuan kredit menerusi caj dikenakan syarikat telekomuni­kasi ke atas mangsa.

Sindiket menggunaka­n pelbagai taktik, paling popular menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon mangsa untuk pelbagai tujuan seperti iklan produk, pakej percutian, khidmat perjudian, selain ada menawarkan pinjaman peribadi, termasuk menawarkan hadiah.

Selain SMS, sindiket turut menggunaka­n kaedah panggilan tidak berjawab atau dikenali ‘wangiri’ sebagai umpan dan mangsa akan terjerat apabila menghubung­i semula nombor terbabit.

Dr Amirudin berkata untuk mengelak terjebak sebagai mangsa, pengguna boleh menyemak alamat URL diterima melalui SMS sebelum mengambil tindakan untuk melayariny­a.

“Untuk pengesahan URL, ia hanya boleh dilakukan dengan institusi kewangan rasmi berkenaan atau laman web agensi penguatkua­saan undang-undang.

“URL dipaparkan di laman sesawang yang dilayari melalui telefon mudah alih, mungkin berbeza dari laman sesawang yang dilayari melalui desktop atau komputer anda,” katanya.

Lapor polis

Dalam pada itu, Dr Amirudin menasihatk­an orang ramai supaya melaporkan kepada pihak polis sekiranya menerima mesej (SMS) atau panggilan telefon meragukan bagi membolehka­n tindakan selanjutny­a diambil.

“Selain polis, laporan boleh dikemukaka­n kepada penyedia talian telekomuni­kasi (ISP) dan Cyber999 yang dikendalik­an CSM...IA juga memudahkan pengadu melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut, selain dimajukan kepada penyedia talian telekomuni­kasi.

“Langkah terbaik, segera tamatkan apa-apa panggilan mencurigak­an dan tidak perlu menjawab apa-apa arahan, selain rujuk atau semak terus kepada institusi atau organisasi yang disebut dalam panggilan atau dalam mesej bagi tujuan pengesahan,” katanya.

Langkah terbaik, segera tamatkan apa-apa panggilan mencurigak­an dan tidak perlu menjawab apa-apa arahan, selain rujuk atau semak terus kepada institusi atau organisasi disebut dalam panggilan atau dalam mesej bagi tujuan pengesahan” Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CSM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia