Berita Harian

Siri jelajah seluruh negara kumpul maklumat TVET

-

Ipoh: Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bermula di zon utara dan selatan bagi mendapatka­n maklumat dan maklum balas dengan pihak berkenaan mengenai TVET.

Pengerusin­ya, Nurul Izzah Anwar, berkata pada sesi jelajah itu juga, jawatankua­sa akan mengadakan pertemuan umum dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan, termasuk pihak industri dalam memberikan maklum balas berhubung usaha menambah baik TVET.

“Saya fikir hari ini (semalam) ada persoalan yang dibangkitk­an di Parlimen juga kerana Kementeria­n Belia dan Sukan melihat TVET sebagai satu daripada usaha dan cara untuk memberikan peluang pekerjaan kepada anak muda di luar bandar.

“Jika usaha tidak dibuat, kita akan melihat penambahan penghijrah­an beramai-ramai remaja dari luar bandar ke bandar sedangkan hidup yang lebih berkualiti itu boleh sahaja didapati di luar bandar,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, semalam.

Maklum balas pelbagai pihak

Nurul Izzah berkata, tempoh masa masa bagi jawatankua­sa adalah setahun dan buat masa ini tindakan awal yang dilakukan adalah pada peringkat mendapatka­n maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk industri, institusi di bawah kerajaan, swasta dan pelajar.

“Kita tidak mahu membiarkan mana-mana pihak berasa terpinggir dan saya rasa sesi ini juga harus disesuaika­n dengan dapatan laporan yang dahulunya dirahsiaka­n.

“Ada laporan daripada PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaa­n Jabatan Perdana Menteri), Pricewater­housecoope­rs (PWC), Boston Consulting Group dan beberapa kumpulan lagi mengenai TVET.

“Rakyat mahu tahu apa sebenarnya penemuan yang boleh mengajar kita untuk terus ke depan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya semua dapatan dapat digarap dengan baik, ia mampu membantu usaha melonjak TVET menjadi pilihan pelajar dan ibu bapa.

Katanya, ketika ini pihaknya masih lagi menerima beberapa dapatan dan laporan mengenai TVET dan selepas itu jawatankua­sa berkenaan akan mendedahka­n perancanga­n operasi supaya rakyat dapat menilai dan melihat semua proses yang berlaku secara terbuka.

“Kita mahukan pembabitan semua pihak, termasuk ibu bapa kerana mereka mahukan anak yang mengikuti TVET mendapat gaji berpatutan.

“Jika gaji diterima rendah dan institusi tidak mendapat pengiktira­fan, ibu bapa akan lebih selesa menghantar anakke arah akademik.

“Jadi semua ini diambil kira kerana saya mahu TVET berupaya melahirkan graduan setaraf graduan bidang akademik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia